Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨

RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨ JPEG Download
RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨ JPEG Download
RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨ JPEG Download
RUMAH BERSIH & WANGI GUNA BAHAN DAPUR SAHAJA ✨ JPEG Download

Hai salam guys! Aima disini 🥰

Cuma guna bahan yang ada kat dapur, rumah kekal bersih dan wangi. Harga pun murah senang didapati. Sis akan pastikan stok 3 bahan ni sentiasa ada dirumah. Kadang kita tak terjangka bila nak guna bahan-bahan ni.

1) Baking Soda

Rank teratas of course baking soda. Harga bawah RM10 tapi ada banyak kegunaannya. Selain untuk masakan, baking soda ni boleh bertindak sebagai agent nyah bau yang tidak menyenangkan dan menyerap bau hapak dari karpet, sofa dan tilam.

2) Cuka

Cuka pula boleh mencuci dan sental segala kekotoron. Terutama sekali kotoran di dapur seperti microwave, peti sejuk, sinki dan lantai. Campurkan cuka bersama air dan boleh gunakan untuk lap peti sejuk, pintu microwave oven dan sebagainya. Daki yang melekat pada cawan dan sinki juga mudah tertanggal dengan penggunaan cuka.

3) Esen Vanilla

Boleh dijadikan sebagai pewangi semulajadi. Larutkan esen vanilla ke dalam botol bersama air dan boleh spray ke meja makan, table top dan permukaan almari. Selain tu boleh letakkan sedikit esen vanilla ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk bahagian chiller. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

Mudah je kan nak rumah wangi dan bersih. Cuma guna barang yang ada di dapur, jimat kos untuk beli yang baru. Bahan pun selamat dan tiada bahan kimia berbahaya. Pokok pangkalnya kena rajin je hehe ♥️

#lemon8review #dapur #dekoaima #nasmhome #dapurkecil #homedecorideas #Malaysia #tipsrumah #nablemon8 #RacunLemon8