Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨

DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨ JPEG 下载
DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨ JPEG 下载
DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨ JPEG 下载
DEKO SIMPLE PINTU UTAMA ✨ JPEG 下载

Hi peeps! Aima di sini 🥰

Bila duduk rumah bertingkat ni, pintu semua sama kan. Yang beza cuma warna je. Tapi sis nak juga deko sikit bahagian depan pintu rumah ni. Asalkan tak mengganggu laluan orang lain dah memadai.

Macam rumah sis ni, bahagian depan takde ruang pun. Cuma ada sedikit ruang di tepi untuk paip air. Itupun tak boleh deko sangat sebab nanti ganggu pihak berkenaan.

FLOWER DOOR WREATH

Bila letak hiasan depan pintu ni, pihak courier pun senang nak hantar barang. Kadang diorang tak perasan pun nombor rumah. Cakap je ada bunga depan pintu. Hehe. Sambil tu gantung sekali kaligrafi "assalamualaikum". Boleh ingatkan kita ni bagi salam dulu sebelum masuk rumah 🥰

HIASAN POKOK HIDUP

Bila letak pokok kat penjuru tepi tu, terus naik seri ruang ni. Senang pilih pokok yang tak perlu matahari. Contoh macam Snake Plant ni, tak perlukan matahari dan siram air sekali seminggu sahaja.

VINYL FLOOR

Sis tampal vinyl floor kat ruang depan pintu ni. Actually nak letak floor deck tapi sebabkan ada lebihan vinyl floor ni dulu, so kita guna apa yang ada je. Naiklah seri sikit lantai tu kan

DOOR MAT

Sis suka material door mat ni sebab dia kasar dan boleh serap pasir dari masuk rumah. Door mat ni pun senang dibersihkan.

Kalau dalam rumah pun kita suka deko, apatah lagi kat luar rumah kan. Rumah kita, ikut cara kita sendiri cantikkan rumah sebab kita sendiri yang duduk ♥️

#decowithlemon8 #rayalemon8 #dekobajet #dekoaima #nasmhome #dekorasirumah #homedecormalaysia #malaysialemon8 #homeideas #rumahpertama