Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

POKOK PENYERI RUMAH ✨

POKOK PENYERI RUMAH ✨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
POKOK PENYERI RUMAH ✨ JPEG Download
POKOK PENYERI RUMAH ✨ JPEG Download
POKOK PENYERI RUMAH ✨ JPEG Download
POKOK PENYERI RUMAH ✨ JPEG Download
POKOK PENYERI RUMAH ✨ JPEG Download

Hai guys! Aima di sini 🥰

Pernah tak rasa rumah macam tak berseri dan hambar? Apa kata letak pokok dalam rumah. Tentu suasana jadi lain dan nampak lebih "hidup"

Kat rumah sis ada beberapa jenis pokok yang sis letak sebagai penyeri rumah.

Berikut ialah pokok yang menjadi kegemaran sis dan juga pencinta deko.

Money Plant

Pokok ni antara pokok hidup yang paling senang untuk dijaga. Kalau tak siram seminggu pun dia elok je hidup cuma nampak layu sikit lah.

Money plant ni juga senang sangat untuk membiak. Dari 1 pasu ni, sis dah jadikan 3 pasu lain. Berbaloi kan?

Kalau letak di tempat tinggi, nampak cantik sangat bila juntaian dia ke bawah.

Spider Plant

Pokok yang juga sangat mudah dijaga dan senang membiak. Sangat cantik jika digantung.

Pokok Zaitun / Olive Tree

Pokok ni menjadi pilihan ramai sebagai dekorasi pokok palsu dalam rumah.

Nampak macam pokok betul sebab detailing yang ada pada pokok ni. Ada buah zaitun dan juga ira kayu pada batang pokok jelas kelihatan. Warna hijau daun pun tak ketara sangat dan nampak macam real.

Pokok Palsu Berjuntai.

Yang ni sis tak pasti nama dia sebab beli yang palsu je di Mr. DIY Pokok ni sis letak di area dapur gas untuk nampak lebih berseri. Sis selalu dapat pertanyaan, tak terbakar ke letak pokok kat area ni? So far okay je letak sini. Sebab kita masak pun tak guna api yang besar macam kat kedai makan kan 🤭

Selain pokok yang sis letakkan di rumah ni,

Ada banyak lagi pokok palsu yang selalu menjadi dekorasi rumah iaitu

Pokok Pisang, Pokok Skybird, Dracaena, Eucalyptus dan Palm Tree.

Okay itu saja perkongsian kali ni, bye ♥️

#lemon8review #RacunLemon8 #Malaysia #dekoaima #nasmhome #homedecorideas #homedecormalaysia