Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨

FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载
FAKE BOOK PELENGKAP DEKORASI ✨ JPEG 下载

Hi peeps! Aima di sini 🥰

Kalau korang perasan, kebanyakan deko rumah sekarang mesti ada fake book atau dalam Bahasa Malaysia, buku palsu. Sis pun tak terkecuali untuk deko dengan fake book ni.

Sebelum wujudnya fake book, orang gunakan buku sebenar sebagai hiasan.

Tapi dah tentu buku sebenar lebih mahal dan berat. Jadi, sebagai alternatif, boleh gunakan fake book sebagai pengganti.

Ada bermacam saiz, design dan warna fake book. Sebagai contoh, sis gunakan fake book dengan rona pink sebagai hiasan.

Bagaimana nak gayakan fake book?

Sia ada beberapa cara penggayaan fake book.

1) Fake book dihias bersama pokok hidup/pokok palsu.

2) Fake book dihias di dalam dulang rotan.

3) Fake book diletakkan di drop zone area.

4) Fake book dihias bersama "macrame".

Apa kelebihan fake book ni?

Dah tentu kerana harganya yang murah! Paling murah sis jumpa fake book dengan harga RM5.

Selain tu, fake book ni ringan je. Tak berat macam buku biasa dan mudah untuk kita alihkan.

Ada kelebihan, dah tentu ada kelemahan kan?

Kelemahan fake book ialah boleh terkoyak. Ini berdasarkan pengalaman sis sendiri. Anak sis boleh koyakkan lipatan fake book ni sebab material fake book cuma kertas kadbod tebal.

Lagi 1, fake book ni bukan kalis air. Kalau terkena air dia akan jadi sedikit kembang.

Okay, itu saja perkongsian kali ni. Bye ♥️

#lemon8review #RacunLemon8 #decoration #homedecor #homedecormalaysia #dekoaima #nasmhome #tips #dekorasi #dekor