Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Rasuah vs Reward pada anak. Parents jgn tersilap!

Rasuah vs Reward pada anak. Parents jgn tersilap!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Rasuah vs Reward pada anak. Parents jgn tersilap! JPEG Herunterladen
Rasuah vs Reward pada anak. Parents jgn tersilap! JPEG Herunterladen
Rasuah vs Reward pada anak. Parents jgn tersilap! JPEG Herunterladen

Rasuah vs Reward situasinya nampak seakan² sama. Boleh jadi kalau kita tersilap penggunaan ayat, pemahaman pada anak jugak akan berbeza. Jadi kita as parents tak nak mewujudkan keadaan rasuah atau bribe pada anak. Nanti anak akan membesar sebagai manusia yang akan suka memberi ugutan pada orang atau praktikkan benda yang sama kita lakukan pada mereka. Ya tak dinafikan kadang² parents terpaksa bersikap mengugut untuk memastikan anak patuh pada arahan kita. Tapi ia mempunyai keburukan dikemudian hari.

Imagine anak kita pulak ugut adik²nya contoh

👉 "Adik salin kerja sekolah abang ni sampai siap!Kalau kamu siapkan, abang bagi upah RM5. Tapi kamu jangan bagitau mama tau."

Nampak?kesan rasuah atau bribe yang kita buat kalau kita tak sedar dari awal. Memberi rasuah dan mengugut. Perbuatan ini adalah sangat salah sama sekali. Kalau dibiarkan mungkin diwaktu lain anak kita akan melakukan pada rakan²nya di luar sana pulak. Dari cara kita yang konon bertujuan sebab nak bagi anak siapkan kerja,habiskan nasi bertukar membentuk pemahaman yang buat sesuatu mesti ada upah.

Reward adalah term yang baik untuk menghargai anak dan mendidik anak menjadi ikhlas dalam apa yang mereka lakukan. Reward tak semestinya diberi dalam bentuk hadiah, Reward boleh diberi dalam bentuk bantuan, memasak masakan yang sedap, memberi keizinan bermain extra masa, membawa anak² bercuti dan lain².

Anak akan terlatih dan diset dalam minda mereka bahawa membuat kebaikan pasti ada hikmahnya, membuat kebaikan Allah sayang, membuat kebaikan orang suka berkawan dengan kita. Berbuat ikhlas, pasti ada kebaikkannya. Auto anak akan melakukan sesuatu perkara ikhlas dari hati mereka dan sudah pastinya anak akan berasa gembira bila tiba² parents memeluk dan mengucapkan terima kasih atas kebaikan mereka. Ya ini juga adalah salah satu Reward berbentuk kasih sayang dan kemudian kita membawa anak jalan², belanja makanan kegemaran anak dan lain². Nampak bukan situasi Reward ini adalah berbeza dengan situasi Rasuah atau bribe. Tidak ada unsur² kekerasan dan berbentuk ugutan.

Semoga parents selepas ini lebih alert dan tahu membezakan dalam penggunaan term berbentuk rasuah dan reward.

Semoga bermanfaat semua, thanks for reading and don't forget follow me for moreeeee

#Lemon8MomsClub #Lemon8Diary #Lemon8Malaysia #Parenting101 #family #lemon8sharing