Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Power struggle in Marriage.Zaman dulu vs sekarang

Power struggle in Marriage.Zaman dulu vs sekarang

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Power struggle in Marriage.Zaman dulu vs sekarang JPEG Download
Power struggle in Marriage.Zaman dulu vs sekarang JPEG Download
Power struggle in Marriage.Zaman dulu vs sekarang JPEG Download

Sebelum ni pernah tergempar wedding seorang artis yang berkahwin tak sampai 4 bulan dan bercerai. Kalau kita tengok keratan paper yang saya share di atas ada di higlightkan pasangan fasa berbulan madu paling tinggi failkan permohonan cerai. Saya pernah dengar orang² tua bersembang, kenapa zaman dahulu perkahwinan boleh bertahan lama berbanding orang zaman sekarang. Jom saya kongsikan pandangan dari orang yang lebih makan garam dahulu dari kita.

Perkahwinan zaman dahulu

👉 Orang dulu² kalau bercinta sangat² menjaga batas² tata susila dalam pergaulan. Apabila mereka berkahwin, cinta dan kesetiaan itu semakin kuat.

👉 Kebanyakan perkahwinan zaman dahulu diaturkan oleh orang tua. Masa berkawan kenal sikit² je,jumpa pun sekali sekala. Lepas kahwin baru belajar bercinta dan kenal satu sama lain. Jadi percintaan itu semakin membara selepas berkahwin

👉 Isteri zaman dahulu kebanyakkannya suri rumah. Tidak berkerja. Jadi kebergantungan isteri pada suami sangat tinggi dan menuntut mereka untuk terus setia.

👉 Zaman dahulu kurang pengaruh² luar seperti Televisyen yang mempunyai banyak chanel, drama² atau filem. Apa tah lagi handphone. Senang cerita tak ada distraction untuk suami dan isteri mengadap benda lain. Jadi hubungan suami isteri tu menjadi kuat. Masa lapang diisi dengan berborak satu sama lain,bermain bersama anak², berkebun sama²,pergi berkelah dan apa² saja aktiviti kekeluargaan. Perkara ini sangat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

👉Suami isteri zaman dahulu kalau ada masalah rumah tangga, paling teror pun mengadu kat parents sendiri. Sebab bagi orang² zaman dahulu, bercerita dekat orang luar selain parents adalah sangat memalukan.

👉Penceraian,status janda dianggap sangat memalukan zaman dahulu. Jadi parents memang akan sedaya upaya mengharapkan anak² menyelamatkan rumah tangga mereka.

👉 Zaman dahulu janji setia mempertahankan rumah tangga sangat tinggi walaupun ada berlaku pertengkaran dan bermasam muka bertahun². Tapi mereka mampu bertahan atas janji setia mereka.

👉 Zaman struggle dengan kesusahan mereka mampu bertahan sekali pun hanya mampu makan ubi kayu untuk mengisi perut dengan rumah serba serbi daif. Tapi atas dasar kekuatan cinta dan demi anak² mereka boleh survive mempertahankan rumah tangga. Senang cerita zaman dahulu penceraian bukan pilihan untuk menyelesaikan masalah. Zaman dulu suami isteri kena sama² kuat memperjuangkan pertahankan rumah tangga.

Perkahwinan Zaman Sekarang

👉 Lebih mencabar serba serbi, terlalu ramai perempuan cantik dan berjaya,lelaki tampan dan berjaya,distraction yang pelbagai seperti game, handphone,Netflix,shopping mall hebat²,dan godaan² material yang pelbagai. Perkara² ini kalau tidak dikawal turut menyumbang kepada penceraian

👉 Wanita² kebanyakkan mampu berdikari sendiri, mempunyai kerjaya dan pendapatan sendiri. Bagi mereka tiada masalah kalau suami buat hal sebab mereka mampu survive dengan kaki sendiri

👉 Lemah dalam asas ilmu rumah tangga menyebabkan banyak rumah tangga yang kecundang di awal perkahwinan kerana mengikutkan amarah diri, nafsu dan tidak sabar.

👉 Perkahwinan berlandaskan rupa,nafsu,kedudukan dan darjat menyebabkan perkahwinan tidak kekal lama

👉 Sesetangah wanita kurang rasa malu,tidak menjaga harga diri dan tidak kisah menyondol suami orang atau mengganggu rumah tangga orang

👉 Suami tidak ikhlas menerima kekurangan isteri dan dijadikan alasan untuk mencari yang lain. Tidak mahu mencuba menutup kekurangan pasangan atau membantu memperbaiki rumah tangga. Membiarkan isteri struggle sorang² menyelamatkan rumah tangga.

👉 Perjanjian pelik² perkahwinan sekarang seperti tidak boleh control satu sama lain, tak mahu ada anak,kebebasan berkerja dan rumah tangga tu umpama seperti perjanjian atas kertas sahaja atau senang cerita asal ada teman di atas katil sahaja.

👉 Tidak mempunyai kekuatan yang utuh dan cekal seperti zaman dahulu untuk benar² pertahankan rumah tangga.

👉 Penceraian bukan lagi satu perkara yang memalukan bagi zaman sekarang sedangkan perkara halal yang paling dibenci oleh Rasulullah adalah penceraian.

Conclusionnya Perkahwinan sebenarnya adalah sesuatu yang sangat indah dengan penyatuan dua hati dan jiwa yang saling menyintai satu sama lain. Tetapi perlu kita ingat perkahwinan tidak selamanya manis, sentiasa ada ujian² untuk menguji kesetiaan dan keutuhan cinta dan komitmen kita dalam rumah tangga. Carilah ilmu dalam perkahwinan menurut Islam supaya sama² dapat menjadi suami isteri yang baik. Mencari penyelesaian yang baik dan sebaiknya elakkanlah bercerai.

Tapi tak dinafikan penceraian jugak boleh menjadi jalan penyelesaian yang terbaik untuk mendapatkan keadilan,untuk menyelamatkan diri dan mencari kebahagiaan diri. Faktor perpisahan berlaku terlalu banyak atas alasan yang pelbagai seperti kesusahan, percintaan dengan sesama jenis,penganiayaan pada pasangan,penyakit,penderaan, kegagalan menjalankan tanggungjawab dan lain². Sebab itu disebut jodoh ini rahsia Allah. Saya doakan semua warga Lemonade yang telah mendirikan rumah tangga dapat melakukan yang terbaik dalam rumah tangga masing² dan matang dalam berhadapan dalam pelbagai ujian bersama² pasangan. Bagi yang sedang mencari jodoh,saya doakan kalian bertemu jodoh yang baik². InsyaAllah.

Thanks for reading and don't forget follow me for moreeeee

#Lemon8Diary #Lemon8MomsClub #Relationship101 #lemon8workshopchallenge #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #marriage #marriagelife