Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya

5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download
5 Tips suami isteri kekal bahagia selamanya JPEG Download

Dalam hidup berumah tangga, ada macam² liku kehidupan yang bakal dilalui dalam susah mahupun senang. Hidup berumah tangga memerlukan toleransi yang tinggi, komunikasi yang jelas tanpa berselindung, sikap saling melindungi dan menghormati serta saling menyayangi tanpa sedikit pun berkurangan.

♥️Bila memasuki alam perkahwinan, bersedialah si suami memikul tanggungjawab untuk isteri dan keluarganya. Menyediakan nafkah zahir dan batin buat isteri. Menyediakan fitrah seorang manusia dan anak². Begitu jugak si isteri. Bersedialah berbakti buat suami tercinta. Janganlah berkira bila suami meminta untuk isteri memasak, memakan air tangan si isteri. Bukankah itu salah satu kebahagiaan buat si isteri apabila si suami hanya ingin memakan air tangan si isteri? Dan sudah pastinya pahala menyediakan makan buat si suami dan anak² sangatlah besar. Rebutlah peluang mengumpul saham sebanyaknya di dunia ini dengan membuat kebaikan buat suami dan anak².

♥️Kehidupan dalam perkahwinan kadang² perjalanan tidak sempurna seperti yang kita impikan. Mungkin adakalanya kita dibelengu dengan kesempitan dan kesulitan beberapa tahun lamanya. Di saat ini, jangan sesekali kita memandang kehidupan pasangan lain kenapa kami tidak sebegitu? Kenapa pasanganku tidak sebegini?Kenapa mereka lebih bahagia?Kenapa pasanganku sangat teruk? Berhenti melihat kehidupan orang lain, berhenti membandingkan kehidupan anda dengan kehidupan orang lain. Duduklah berbincang bagaimana untuk mencantikkan kehidupan kalian berdua. Tidak mengapalah kalau sedikit sukar dari segi ekonomi sementara suami sedang berusaha yang terbaik buat keluarga anda, tapi cantikkanlah pengisian kehidupan harian dengan penuh kasih sayang dan kecintaan. Suami masih memberi makan,sedikit pakaian,masih punya waktu lagi buat kalian, maka bersyukurlah kerana dia masih ada di depan mata kita. Begitu jugak buat si suami, dia mungkin sentiasa nampak penat, tak sempat berhias diri kerana sibuk menguruskan kerja rumah dan anak². Peluklah isteri, hargailah dia, sayangilah dia, hiasilah dia. Bersyukurlah isteri masih mampu berbakti buat keharmonian rumah tangga anda.

♥️Suami bila ada dilapangan kerja mempunyai ruang pergaulan yang sangat luas. Pastinya lebih banyak halwa mata yang cantik², godaan halus diluar sana. Berhati²lah menjaga mata, hati dan pergaulan. Jangan sesekali membuka ruang membenarkan wanita lain menghampiri anda. Begitu jugak buat si isteri yang berkerja, ingatlah status anda sebagai isteri, ibu pada anak². Jagalah pergaulan kalian, hubungan sepejabat biarlah ia kekal hanya ditempat kerja dan atas urusan kerja semata. Jangan musnahkan kepercayaan yang diberi oleh suami memberi keizinan pada kalian untuk turut sama² mencari rezeki.

♥️ Dalam rumah tangga watak utama hanya ada dua. Suami dan isteri. Apa² masalah yang berlaku di dalam rumah tangga jangan sama sekali menjadi alasan untuk meluahkan perasaan pada bekas kekasih,bekas tunang, mencari rakan sepejabat, sesiapa saja orang luar. Jangan masukkan orang luar dalam masalah rumah tangga anda. Duduk berdua dan selesaikan masalah sama². Nak minta pendapat boleh,tapi sebaiknya carilah orang yang lebih tua dan boleh dipercayai seperti ibu bapa kita sendiri. Tapi itu tidak bermakna keputusan di tangan mereka. Senang cerita rumah tangga anda remote control di tangan anda, bukan ditangan orang lain.

♥️Bila buat salah tegurlah secara berhemah bukan mengherdik memaki hamun. Jangan ego nak tegakkan benang yang basah. Berlapang dada bila di tegur kesalahan masing², ambil masa muhasabah diri. Setiap dari kita sentiasa melalukan kesilapan dan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Pastinya setiap kesilapan yang dilalui itu adalah satu lesson yang terbaik dalam kehidupan berumah tangga untuk menjadi lebih baik. Tekadlah di dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik dan jangan mengulangi kesalahan itu. Sama² sayangi rumah tangga kalian.

Semoga bermanfaat perkongsian ini. Jangan lupa save info ini untuk panduan kalian dan don't forget follow me for moreeeee

#Lemon8Diary #Relationship101 #Lemon8MomsClub #marriage #lemon8sharing #Lemon8Tips #lemon8 #Lemon8Malaysia