Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Kartun yang baik dan tak elok untuk anak

Kartun yang baik dan tak elok untuk anak

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Kartun yang baik dan tak elok untuk anak JPEG Download
Kartun yang baik dan tak elok untuk anak JPEG Download
Kartun yang baik dan tak elok untuk anak JPEG Download

Hi 👋 mommies semua. Saya listkan kartun yang baik dan tak elok untuk anak di sini. Details saya kongsikan dibawah ya.

1.Huggy Wuggy

- Mempunyai unsur² keganasan. Kalau mommies check web Villain Wiki Huggy wuggy sendiri pun menyatakan hobbynya adalah membunuh,mencederakan dan membuli. Huggy Wuggy available dalam platform YouTube. So mommies please block siap² channel Huggy Wuggy ya.

2. Scooby Doo.

- Kalau ikutkan kartun ni kartun favourite saya masa kecil and pada awalnya kartun ni tak ada masalah apa pun. Tapi sejak di era baru ni berlakunya pengenalan watak² menormalisasikan hubungan lgbt iaitu melalui salah satu watak utamanya Velma Dinkley yang mempunyai hubungan cinta dengan watak wanita yang lain.

3. Sesama Street

- Kartun ini jugak merupakan kartun favourite saya masa sekolah rendah. Tapi dah besar baru saya perasan series ni ada watak LGBT melalui watak Dave dan Frank yang mempunyai anak perempuan bernama Mia.

4.My little Ponny Friendship

- Season 9 memaparkan Makcik Scootaloo bercinta dengan pasangan perempuan dan berkucupan. Dipaparkan konflik percintaan mereka dlm season 9 ini.

5. Power Rangers

- Power Ranges Hijau(Dino Fury) berpewatakan tomboy berkahwin dengan pasangan perempuan.

6. The Simpsons

- Kartun pertama AS yang memaparkan perkahwinan sesama jenis iaitu watak gay yang terdapat dalam series ini.

7. Toy Story - Buzz Lightyear

- Watak Alisha bercium dengan "isterinya". Kartun yang mempunyai unsur² LGBT dan pernah dibanned tayangan dibeberapa buah negara Asia dan Timur.

8. Peppa Pig

- Saya suka kartun ni sebab anak saya belajar bahasa Inggeris melalui kartun ini. Tapi kartun ini jugak turut dikesan mempunyai watak LGBT iaitu Peppa(Female Pig) bercinta dengan Suzy Sheep.

9. Chuck Chicken

- Kartun yang pernah disiarkan di Astro mempunyai unsur² keganasan dan penggunaan bahasa yang kasar seperti Bodoh.

10. Sailormoon

- Kartun ni mempunyai unsur LGBT melalui watak Sailor Uranus dan Sailor Neptune.

KARTUN YANG BAIK UNTUK ANAK

1. Bing

- Kartun yang mendidik anak² cara menghormati satu sama lain dalam masyarakat seperti penggunaan perkataan memberi ucapan Selamat setiap kali pertemuan, memohon maaf apabila membuat salah, mengucapkan terima kasih apabila dibantu. Membina semangat berusaha apabila gagal melakukan sesuatu.

2.Little Ammar

- Kartun yang mendidik anak tentang kehidupan harian dan contoh yang baik melalui lagu seperti zikir harian dan video pembelajaran.

3. Nussa dan Rara

- Kisah dua beradik bersama rakan² dalam menjalani kehidupan harian sebagai seorang Islam dan panduan² dalam peradaban sebagai seorang Islam.

4. Omar dan Hana

- Kisah dua beradik yang berkongsi cara² pergaulan bersama keluarga dan rakan² menurut Islam.

5. Mila dan Mina

- Kisah dua adik beradik kembar yang menunjukkan nilai² murni dalam menjalani kehidupan harian dan pergaulan dengan orang sekelililing

6. Didi and friends

- Sekumpulan haiwan yang menunjukkan nilai² murni dan semangat setiakawan dalam kehidupan seharian mereka

7. Tayo The Little Bus

- Mempunyai nilai² kebaikan seperti hubungan persahabatan, semangat kejiranan dan nilai² murni selain mengajar panduan tentang traffic lalu lintas jalan raya.

8. Riko The Series

- Mengajar banyak kebaikan pada anak² seperti sifat melindungi keluarga dan rakan², mencintai alam sekitar, zikir,hormat menghormati dengan orang sekelilling dan banyak lagi nilai² murni yang dipaparkan.

So mommies semua bolehla pelan² take note kartun apa yang anak tengok sekarang. Yang mana tak ok block siap², select kartun yang memaparkan contoh yang baik pada anak². Sebab kartun adalah satu subjek pendidikan secara tidak lansung pada anak yang mudah anak idolakan atau ikuti. Jadi pilihan pada tangan kita as parents untuk mencorakkan dan memberi yang terbaik pada anak² ok.

Semoga bermanfaat, Thanks for reading and don't forget follow me for moreeeee

#Lemon8Diary #Parenting101 #Lemon8MomsClub #lemon8sharing #Lemon8Tips #Lemon8Malaysia