Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID JPEG Herunterladen

Tajwid dari sudut Bahasa bermaksud memperelokkan sesuatu. Manakala dari segi istilah ialah suatu ilmu yang membicarakan berkaitan cara sebut dengan mengambil kira sebutan makhraj huruf, sifat dan hukum yang berlaku termasuklah hukum waqaf dan ibtida’.

Ilmu Tajwid terbahagi kepada dua iaitu teori dan amali. Menguasai ilmu Tajwid dari sudut teori adalah fardhu kifayah iaitu mengetahui hukum hakam dan kaedah tajwid, dengan menghafaz serta memahaminya. Manakala Tajwid amali pula adalah fardhu ain iaitu pembaca al-Quran wajib membaca al-Quran menepati dengan hukum tajwid.

Menguasai ilmu Tajwid boleh dibuat dalam dua bentuk. Yang pertama, secara riwayat dengan cara membaca di hadapan guru atau mendengar bacaan guru dan murid mengulang bacaan tersebut. Yang kedua, secara dirayat iaitu dengan mendalami hukum hakam ilmu Tajwid dalam bentuk teori dengan mengkaji, membaca buku tajwid, mengulang ilmu tajwid dan mempraktikkannya terhadap ayat al-Quran.

Antara kepentingan mempelajari ilmu Tajwid ialah dapat memelihara diri daripada melakukan kesalahan ketika membaca al-Quran. Seseorang itu dapat terhindar daripada melakukan kesalahan yang boleh merosakkan atau mencacatkan bacaan al-Quran jika dia mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran. Jika membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adalah kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah adalah suatu dosa.

Sebagaimana Imam Ibn Al-Jazari berkata dalam kitabnya Muqaddimah Jazariyyah:

وَالأَخْذُ بِالتَّجْوِيدِ حَتْمٌ لَازِمٌ… مَنْ لَمْ يُجَوِّدِ الْقُرَانَ آثِمُ

لِأَنَّهُ بِهِ الإِلَهُ أَنْزَلاَ… وَهَكَذَا مِنْهُ إِلَيْنَا وَصَلَا

Membaca al-Quran dengan bertajwid adalah kewajipan. Sesiapa tidak membaca dengan bertajwid maka ia berdosa. Ini kerana begitulah ia diturunkan. Dan dengan bentuk demikian ia sampai kepada kita.

Selain itu, ia dapat meningkatkan minat dalam membaca al-Quran. Dengan pemahaman dan penguasaan ilmu Tajwid yang betul serta kualiti bacaan al-Quran, maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat. Kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanya sahaja, bahkan lebih cenderung dalam memahami dan mendalami makna-makna yang terkandung dalam al-Quran.

Ustazustazah.com

ALQURAN

HomeBlogalquranKEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Categories

ALQURAN, DOA, HADIS, IMAN, MENUNTUT ILMU

Di samping itu, ia dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terdapat banyak kelebihan membaca al-Quran yang telah diterangkan melalui ayat al-Quran dan hadis nabi. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Fathir:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ ٢٩

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]

Begitu juga dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Sebagai kesimpulannya, tujuan ilmu Tawid ialah untuk menjaga lidah dari tersalah membaca al-Quran dengan maksud memelihara bacaan al-Quran untuk terus sahih dan tepat bacaannya sesuai dengan kedudukannya yang mulia oleh Allah SWT. Semoga kita terus berusaha untuk mempelajari dan menguasai ilmu Tajwid agar dapat membaca al-Quran dengan kaedah yang betul dan tepat.