The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
PUDING TEMBIKAI
BAHAN A
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
4 cawan air
BAHAN B (dikisar):
3 keping roti putih ( roti sandwic)
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu makan butter
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam halus
BAHAN WARNA:
1/2 sudu teh perisa rose + 1/2 sudu teh bright red
1/2 sudu teh pewarna hijau tua + 1 sudu teh pewarna hijau apple
BAHAN LAIN (untuk biji tembikai):
Cincau
Bijan hitam
Biji selasih
Coklat chip
Coklat rice
( terpulang pada cita rasa masing-masing nak masukkan apa)
CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan A ke dalam periuk. Masak hingga larut.
2. Perlahankan api. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati. Masak guna api perlahan hingga adunan mendidih dan naik wap. Tutup api.
3. Ambil 1 cawan adunan puding, warnakan hijau. Kemudian tuang ke dalam loyang empat segi bersaiz 8×8. Sejukkan.
4. Cakar permukaan puding menggunakan garpu. Ambil 3/4 cawan adunan warna asal dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan sekali lagi.
5. Campur lebihan adunan puding dengan pewarna merah dan juga cincau atau bijan hitam. Kacau sebati.
6. Cakar permukaan puding dan tuang adunan puding merah tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga agar-agar keras sempurna. Sedia untuk dihidangkan.
7. Jika menggunakan loyang 3 segi, turutan puding adalah warna merah, warna asal dan diakhiri dengan warna hijau. Ikut langkah yang sama seperti diatas.
8. saya guna acuan kecil bentuk bunga yang sedang viral sekarang jadinya saya masukkan adunan lapisan pertama merah .. sejukkan dahulu.. kemudian lapisan warna asli sejukkan dan akhir sekali lapisan hijau..
saya tambah perasa garam bukit untuk naikkan rasa lemak dan saya guna bijan hitam untuk rupa seakan biji tembikai..
9.mana tembikainya 😋.. rasa tak la rasa tembikai cuma rupanya sahaja.. sebenarnya ia puding roti .. tapi rasanya alhamdulillah sangat sedap di makan setelah disejukkan.
selamat mcuba