Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI

3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI JPEG Скачать
3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI JPEG Скачать
3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI JPEG Скачать
3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI JPEG Скачать
3 WAKTU PENTING MINTA MAAF KEPADA SUAMI JPEG Скачать

Hai.. kali ni nak share pengajaran yang Reen dapat selepas kes pesawat terhempas di Elmina baru-baru ini. Sebenarnya, tiap apa tragedi yang jadi kepada orang lain ni buat kita insaf dan perbaiki diri. Bilakah ajal kita & orang tersayang , kita tidak tahu. Ada yang pagi-pagi salam nak pergi kerja, tau-tau petang tak balik 🥹 ada yang tidur malam, esok pagi tak bangun langsung. Reen selalu beringat semua ni adalah pinjaman. Bila-bila masa Allah akan ambil balik. Cuma kita tak tahu bila.

Selain daripada persediaan amal ibadah, persediaan lain ialah MEMINTA MAAF.

Reen amalkan salam & minta maaf kepada suami terutamanya 3 waktu penting ni.

1) Sebelum keluar mencari rezeki

Sebelum keluar bekerja, salam dan minta maaf. Selain tu pesanan wajib ialah hati2, bawa kereta elok2. Selepas suami pergi berdoa supaya Allah lindungi dan selamat pergi dan balik.

2) Sebelum tidur

Sebelum tidur salam dan minta maaf. Kerana kita semua boleh merancang untuk tidur, tetapi tidak boleh merancang untuk bangun pagi esok. Kalau Allah izinkan kita akan bangun & jalan kan rutin mencari rezeki.

3) Hari Raya

Hari raya setahun sekali. Minta maaf sungguh2. Kita tak tahu mungkin itu raya terakhir untuk kita atau suami. Hanya Allah yang tahu.

Reen selalu bercerita & ingatkan kepada anak-anak bahawa semua yang kita ada sekarang hanya pinjaman. Kita mesti selalu bersedia dalam pelbagai aspek. Dan selalu bersyukur kerana Allah masih pinjamkan apa yang kita ada sekarang, keluarga, tempat tinggal , makanan, kesihatan dan lain2. Bangun tidur kene bersyukur kerana Allah masih bagi kita bernafas. Alhamdulillah.. Semoga semua dipermudahkan urusan semua❤️

#tipsandtrick #tipslemon8 #SelfDevelopment #relationshipadvice #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #RelationshipStory #relationshipgoals

#tips #tipsrumah