Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊

DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊 JPEG Скачать
DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊 JPEG Скачать
DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊 JPEG Скачать
DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊 JPEG Скачать
DILEMA KU TAMAT SELEPAS COVID19 😊 JPEG Скачать

Hai😉 sambungan posting date August 2023 , kali ni Part 2. Sebab ada request nak sambungan. DILEMA NAK TERUS KERJA ATAU BERHENTI

Part 1 Reen cerita pasal dilema nak berhenti kerja atau terus kerja. Nak banyak kan time dengan anak2 masa mereka kecil. Sambil buat kerja sendiri. Nak juga hasilkan duit usaha sendiri😉

Tapii, impian nak berhenti kerja tu bukannya duduk rumah goyang kaki ye 😄 no no , bukan malas. Nak buat kerja sendiri di rumah, kemas rumah , layan anak tapi MASUK DUIT.

2019:

Sebelum PKP tahun 2019, kami dapat kunci rumah ke2 yang nak dijadikan Airbnb. Ngam2 pkp tak boleh buat apa. Pergi pon tak boleh. Bila dibenarkan keluar dalam daerah, Reen & husband pergi rumah tu untuk kemas & decor apa yang patut. Target nak mula Airbnb bussiness after PKP.

2020:

Semua bermula Tahun Jun 2020, masa tu 1st PKP. Semua bekerja dari rumah, ramai orang share decor2 rumah. Di sebab kan Reen memang dah lama minat decor dan dah ada ig home, ada minat berniaga pulak tu. Laju otak ni fikir nak jual apa😄 dapat idea jual barang decor. Perniagaan barang decor bermula August 2020. Bermodal cuma RM600. Daripada modal tu, untung simpan buat rolling. Alhamdulillah banyak orang beli. Makin banyak order stock. Layan order whatsapp, delivery pakai lalamove.

Banyak company buat pemotongan gaji. Lagi semangat Reen cari side income masa tu.

Lagi berkobar rasa nak berhenti TAPI TAKUT. Takut apa? Sebab tak biasa, dah kerja berbelas tahun dari umur 23 tahun.

Berbulan berfikir nak berhenti, selalu discuss dengan husband. Kami discuss perbelanjaan. Sampai satu hari husband yang buatkan surat berhenti 😂 die suruh sign & hantar je. Tapi Reen dok tangguh2 sbb perasaan risau tu ada. Walaupon nak berhenti sbb nak buat bussiness sendiri (airbnb & jual barang decor)

2021:

Perniagaan diteruskan. Airbnb dah operasi, jual barang decor diteruskan, muncul pula peluang kerja baru. Reen mula decor rumah orang. Alhamdulillah. Rezeki. Diselangi dengan jadi paid content creator untuk instagram, paid reviewer untuk barang jualan. Orang kata kalau kita niat baik Allah permudahkan urisan kita. Reen niat baik nak berhenti fokus anak2 & keluarga. Kebetulan.,, mac 2021, company tempat Reen bekerja tu tengah rancak nak kurangkan staff. Company memang tak stabil sejak sebelum covid lagi. Dah pkp lagi teruk tak ada project. Nama Reen pon masuk list. Terkejut mmg terkejut.. tapi Reen terima dengan senyuman rela hati tanpa bertanya apa2 ☺️ sebab apa? Sebab… TAMATLAH DILEMA KU SELAMA INI 😆 alhamdulilah banyak untung dapat duit RM6k lebih dari kerajaan masa tu sbb mangsa pkp (lupa apa nama bantuan tu).

MAC 2022 , bermula new journey berkerja dari rumah jadi bos sendiri 😂 office di rumah, bila2 boleh spend time dengan anak. Bila2 boleh masak.. Reen dah pon ada kedai jual barang decor.

Nak share sini.. kalau kita ada niat baik, berdoa dan berusaha, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah ❤️

Nak bagi tips macam mana korang boleh mula cari duit dari rumah. Tapi posting akan datang.. dah panjang yang ni 🤣 kita sambung part 3 kalau ada yang request ye😍

Thank you yang sudi baca real experience ni❤️

#tipsandtrick #tipslemon8#CareerTips #lemon8review #homedecoration #homeideas #lemon8 #lemon8sharing #Lemon8Malaysia #lemon8review