Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8
Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Télécharger | |
PHOTOS | |||
JPEG | Télécharger |
Selamat pagi!
Harini saya bercuti di Perlis. Jadi sempat tanya kawan-kawan yang duduk Perlis, tempat sarapan mana yang sedap. Sekali dia bagi kita port best dan port paling ramai orang😂
Lokasi di Warung Tepi Sawah, Perlis 📍
Memang kena dengan nama lokasi ni sebab warung ni tepi sawah padi. Padi-padi yang menguning gitu wah vibe kampung betul🌾 Sampai je warung tu memang terpegun. Dari luar nampak kecil je. Bila masuk dalam luas dan banyak stall kecil yang menjual pelbagai makanan. Pagi-pagi dah served satay and waffle. Mantaplah orang Perlis punya makanan hihi. Ada juga roti bakar, lontong, nasi kerabu, nasi lemak, lokching, roti canai, lempeng dan sebagainya. Saya pergi dengan kawan-kawan jadi setiap seorang ambil menu lain-lain untuk merasa dan untuk ambil gambar 🫣 Makanannya tak dinafikan sedap. Cuma kita tak biasa makan lempeng cicah kari ikan. Lain tempat lain culture makanannya. Di situ juga ada tempat OOTD barulah sesuai untuk orang KL letak caption "bila orang bandar masuk kampung" haha. Korang dinasihatkan datang awal ye sebab terlalu penuh. Mujur saya tunggu tak lama nak dapatkan seat. Jika belum berkesempatan ke sini dan ingin ke Perlis bila-bila , sila save this list okay🙋🏻♀️
#lemonfood #lemon8food #lemon8 #foodreview #fyp #makananviral #foodhunting #foodie #foodlemon8 #foodrecommendation