Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Ayam goreng sos Lemon

Ayam goreng sos Lemon

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Ayam goreng sos Lemon JPEG Download

Resepi Ayam Goreng SOS LemonΒ 

πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ

πŸ‚πŸƒ

Bahan-Bahan

3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan

4 sudu makan tepung beras

4 sudu makan tepung jagung

4 sudu makan tepung gandum

1 biji telur ayam - ambil putih telur saja

1 sudu teh serbuk lada putih

1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa

minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam

Cara Memasak Ayam

#1 :Β gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur

#2 :Β selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

#3 :Β panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.

#4 :Β angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.

πŸƒπŸ‚

πŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ

Bahan-Bahan Sos Lemon

πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ

3 sudu besar jus lemon

4 sudu makan pekatan pati oren sunquick

3 ulas bawang putih - cincang

2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan

2 sudu besar mentega

2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air

1 labu bawang besar - cincang

1 sudu makan sos plum

1 sudu makan stok ayam pekat maggi

Cara Membuat SOS

#1 :Β panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.

#2 :Β masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat

#3 :Β akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi dan hias lah dgn cili bijan dan lain2

#RayaLemon8 #lemon8review #RacunLemon8 #Malaysia #makananmudahmasak