Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Slovenia bumi indah

Slovenia bumi indah

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

VIDEO
MP4 Original Video Tải xuống
PHOTOS
Slovenia bumi indah JPEG Tải xuống

Slovenia, negara yang berbentuk seperti ayam ini terletak bersempadan Itali. Dahulunya merupakan sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Bangsanya berketurunan Slavik.

Setelah berperang selama 10 hari, Slovenia mendapat kemerdakaan pada tahun 1991. Ini menjadikan negara Slovenia negara pertama yang mendapat kemerdakaan dari Yugoslavia serta negara pertama yang menyertai European Union. Makanya matawang mereka adalah Euro.

Ia antara negara terkecil dalam benua Eropah dengan penduduk sekitar 2 juta orang dan hampir separuhnya darinya tinggal di bandar.

Digelar negara hijau kerana 60% kawasan tanahnya adalah hutan dengan 27 000 km sungai. Ia juga adalah negara yang paling environmentally-friendly di dunia.

Ibu negerinya, Ljubljana diiktiraf sebagai Tree City of the World. Ljubljana sekarang menuju ke arah ibu negeri pertama di Eropah yang menerapkan sistem zero-waste.

Kami pergi permulaan musim sejuk maka tiadalah permandangan hijau. Alhamdulillah, kami sekeluarga sukakan warna coklat seperti ini, dengan ranting-rantingnya terasa unik. Menatap gunung ganang dengan batu granitnya, MasyaAllah ia panorama yang agak asing bagi kami.