Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Ajar anak solat dari kecil

Ajar anak solat dari kecil

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Ajar anak solat dari kecil JPEG Download

Siapa taknak suasana rumah yang harmoni, tenang, bahagia & kita dapat melihat anak membesar dengan penuh kasih sayang dan suasana beriman.

Ini, step by step yang kita boleh amalkan supaya anak lebih teruja untuk mendalami apa itu solat & bersedia untuk mengerjakan bila mereka menjangkau usia 7 tahun.

Umur 0-2

Biar mereka lihat kita solat. Pegang & bawa mereka ketika kita solat. Teringat dulu selalu letak baby baring depan sejadah, sambil dia kuis kuis. Rindunya baby!! Sekarang takmau duduk diam 🤣

Umur 2-4

Beri galakan bila anak tiru cara kita solat. Puji dengan kata kata baik supaya anak rasa seronok. Misalnya, puji "comelnya, adik pakai telekung" Anak saya pantang kena puji, terus sengih malu lepastu memang itu je dia capai tiap hari haha. Beri sejadah, telekung budak/ kopiah mereka sendiri sebagai galakan.

Umur 4-6

Bawa anak solat Jumaat/ taraweh di masjid bersama. Beri mereka laungkan adzan. Latih bacaan doa, bacaan dalam solat & surah pendek.

Umur 6-7

Latih mereka untuk buat solat 2 rakaat yang lengkap. Galakkan mereka untuk lakukan 1 atau 2 waktu solat, dari 5 waktu solat sehari.

Umur 7

Mereka sudah sedia untuk mengerjakan solat dengan yakinnya, Insyallah dengan izin Allah.

Semoga kita punya rumah yang penuh dengan berkah, punya keluarga yang sakinah, mawaddah & warahmah serta semoga amalan kita didik anak dapat memberi kebaikan buatnya dunya & akhirat. Sambil tu, kita boleh latih diri kita untuk tidak tinggalkan solat juga 🫶🏼🤍

#RealitiSuriRumah #SchoolDays #WeeklyChallenge #Religious #prayers