Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

HR terima ke? Resume macam ni📌

HR terima ke? Resume macam ni📌

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
HR terima ke? Resume macam ni📌 JPEG Download
HR terima ke? Resume macam ni📌 JPEG Download

Hey Lemonades✨

Topik hari ni yang saya nak share ialah Resume tanpa ada pengalaman bekerja. Sekarang adik-adik yang baru menamatkan pelajaran mereka dan menerima sijil spm pada bulan Mei 2024 masih dihantui dengan skeptikal.

"Aku takda pengalaman kerja resume aku diterima ke?"

Mari kita bincangkan HR terima ke tak resume tanpa ada pengalaman bekerja. Jawapannya ye, HR tetap terima resume adik-adik semua. Tapi untuk resume ni susun atur pada kandungan resume akan berbeza. Selain daripada itu juga HR akan tengok kepada "qualification" yang ada dalam resume pemohon.

Bila pemohon tidak memilik pengalaman bekerja kandungan resume akan terdiri daripada:-

- Latar Belakang

- Maklumat pendidikan

- Kegiatan Kokurikulum

- Kemahiran

- Sumber rujukan

Tips menguatkan resume pemohon ialah olahan ayat didalam kandungan [KEMAHIRAN]. Semasa mengarang kemahiran yang ada pada pemohon, pemohon kena menggunakan kata kunci seperti (berkebolehan, berkemahiran). Dengan penggunaan kedua kata kunci ni HR tertarik untuk menganalisis resume pemohon.

Saya juga mengepilkan contoh diatas untuk rujukan. Nasihat saya jangan ragu-ragu nak hantar resume korang ke mana-mana syarikat yang korang berkenan. Lebih-lebih lagi pada adik-adik yang baru lepas spm.

#BigSisterAdvices