The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hi Lemoners🍋
Jika tidak mahu longgokan baju setinggi Gunung Kinabalu atau lebih dahsyat lagi setinggi Gunung Everest, sila ikut tips ini☺️
1. JANGAN BERTANGGUH, BASUH DAN TERUS SIDAI
Kita selalunya masukkan baju dalam mesin basuh, letak sabun, letak softener dan tinggal untuk pergi tengok TV.
Bila buat aktiviti lain, ia akan berpanjangan dan baju akan terbiar dalam mesin basuh setelah siap dicuci dan dibilas.
2. TENGOK TV SAMBIL LIPAT & BUAT SISTEM SORANG 1 BAKUL
Sambil-sambil tengok TV, biarkan tangan berjalan. Letak bakul betul-betul depan mata dan ajak anak-anak lipat bersama. Kalau terlalu malas sangat mahu lipat baju, tetapkan yang setiap seorang ada satu bakul. Contohnya begini:
Suami: 1 bakul
Isteri: 1 bakul
Anak pertama: 1 bakul
Anak kedua: 1 bakul
Pakaian dalam: 1 bakul
3. LEPAS KERING TERUS LIPAT
Amalkan bila dah angkat pakaian kering dari ampaian, jangan bertangguh terus lipat.
4. KEDAI DOBI
Sesekali boleh guna mesin dobi layan diri. Jika mahu jimat, basuh di rumah dan keringkan di kedai dobi layan diri itu. Kalau rasa tak malu atau tidak kisah berjumpa jiran tetangga kerana takut dicop malas, boleh terus lipat 😅
Semoga bermanfaat.
#tipsandtrick #lemon8sharing #lemon8hometips #lemon8 #Lemon8Malaysia #laundrytips