Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡

CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡 JPEG Tải xuống
CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡 JPEG Tải xuống
CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡 JPEG Tải xuống
CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡 JPEG Tải xuống
CARA BELI RUMAH TANPA MODAL💡 JPEG Tải xuống

Hi Lemoners🍋

Kedengaran seperti tidak logik, bukan? Okay i cuba terangkan supaya korang ‘clear’ dengan maksudnya. Tanpa modal tidak bermakna kita tidak mengeluarkan langsung wang ringgit sewaktu membeli. Ia memerlukan kemantapan ilmu dan rundingan yang ‘power’ terlebih dahulu. Cuma setelah transaksi pembelian berlaku, apabila ditolak tambah, anda sebenarnya tidak mengeluarkan wang pun untuk beli rumah tersebut.

1. Gambar kedua di atas adalah anggaran harga rumah yang ideal boleh anda miliki mengikut gaji dengan pengiraan margin of finance 90%, interest rate 5% dan tenure 35 tahun.

Tapi jangan lupa, ada kos-kos yang perlu korang sediakan sebelum hendak membelinya, iaitu 2-3% yuran tempahan, 10% bayaran pendahuluan, MoT/duti setem dan yuran guaman SPA.

2. Beli rumah belum siap dari pemaju, diskaun sehingga 10%

Ada sesetengah pemaju menawarkan diskaun sehingga 10% daripada harga rumah bagi projek yang mereka kendalikan untuk menarik perhatian pembeli.

Ada juga yang menambah tawaran percuma yuran guaman dan duti setem. Tawaran-tawaran tersebut menyebabkan pembeli tidak perlu mengeluarkan modal yang besar, ada yang sekadar 1% sahaja daripada harga rumah sebagai tanda ‘booking’.

3. Pengeluaran KWSP

Wang dari Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelian rumah, namun ia bergantung kepada individu untuk menggunakannya atau tidak.

4. Beli rumah daripada bank panel pemaju

Terdapat juga pemaju projek perumahan menawarkan pembiayaan/pinjaman daripada bank-bank panel mereka kepada pembeli.

Antara kelebihan termasuk pembeli akan ditawarkan margin pembiayaan/pinjaman 100% berbanding 90% dengan bank-bank bukan panel. Dengan cara tersebut, pembeli tidak perlu menyediakan 10% deposit. Sementara itu, kekurangan adalah pembeli tidak boleh membuat pilihan dan terpaksa menerima kadar faedah ditetapkan bank panel.

Semoga tips ini membantu🫶🏼

#lemon8sharing #tipsandtrick #lemonlifestyle #Lemon8Malaysia #homedecormalaysia