Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩

Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download
Cara Betul Simpan Daging Korban 🥩🥩 JPEG Download

Hello, lovely peeps!💖

Esok mesti korang dapat banyak daging korban kan? Kemudian masuk je semua dalam freezer untuk tahan lama. Betul tak? Eh salah tu!🫢

Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akak-akak kena baca tips yang I nak kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.🥩

Dengan tips ini bukan hanya daging korban yang korang perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer.

👏🏻Ini cara-cara yang boleh diikuti:

1. Asingkan Daging

🥩Asingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.

🥩Apabila ingin membuat sup, korang hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.

2. Jangan Terus Cuci Daging Korban

🥩Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas

🥩Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

🥩Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer

🥩Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.

5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas

🥩Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.

🥩Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

🥩Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan

🥩Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.

🥩Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secara tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer korang boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.

#HariRayaHaji #WeeklyChallenge #TipsDapur #dagingkorban #fyp #fypシ