Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

๐Ÿ“ŒKorang Team Ayam Kampung atau Ayam Bandar?๐Ÿ“๐Ÿ—

๐Ÿ“ŒKorang Team Ayam Kampung atau Ayam Bandar?๐Ÿ“๐Ÿ—

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
๐Ÿ“ŒKorang Team Ayam Kampung atau Ayam Bandar?๐Ÿ“๐Ÿ— JPEG Download
๐Ÿ“ŒKorang Team Ayam Kampung atau Ayam Bandar?๐Ÿ“๐Ÿ— JPEG Download
๐Ÿ“ŒKorang Team Ayam Kampung atau Ayam Bandar?๐Ÿ“๐Ÿ— JPEG Download

Assalamulaikum,hi lemon8๐Ÿ‹..

Korang team mana satu#ThisVsThat ??Sis team ayam kampung..Tapi dua ii sis suka๐Ÿ˜..Sis tahu..Citarasa orang berbeza-beza kan..

Isi ayam kampung memang lebih pejal daripada ayam bandar atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa.

Daging Ayam Kampung Liat? Ini 4 Tip Biar Isinya Empuk..

Tapi sebenarnya ada petua bagaimana nak memasak ayam kampung agar isi nya lebih empuk dimakan. Jom ikut 4 petua niโ€ฆ

1. GUNAKAN NENAS

Selain daging kambing, nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam yang sudah dibersihkan, kemudian lalukan di bawah air mengalir.

Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian cuci bawah air yang mengalir sampai bersih.

Tetapi ada juga kekurangan menggunakan cara ini kerana masakan tu mesti terasa sedikit rasa nenas pada ayam.

2. GUNAKAN DAUN BETIK

Penyelesaian lain untuk mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan daun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas. Hancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam. Bilas bersih

3. HALIA DAN GARAM

Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.

4. AIR KELAPA

Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.

kredit:rasa

#BerbezaItuNormal #weekendspecials #ThisVsThat #TakSangka #AskLemon8#WeeklyChallenge #Lemon8Malaysia