Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

📌Duit gaji cepat habis??💸💸 Jom guna cara nie✅💰

📌Duit gaji cepat habis??💸💸 Jom guna cara nie✅💰

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
📌Duit gaji cepat habis??💸💸 Jom guna cara nie✅💰 JPEG Télécharger

Assalamualaikum, hi lemon8🍋..

Percaya atau tidak, benda pertama yang ditunggu-tunggu setiap bulan adalah gaji! Haha, setuju tak? Mana taknya, gaji lah penyelamat kita untuk menyelesaikan segala hutang iaitu bayaran rumah, kereta dan paling penting duit belanja untuk mak ayah kita tu.

Bukan tu je, perbelanjaan sehari-hari pun penting tau. Kalau tak pandai nak uruskan duit tu makanya hujung bulan nanti gigit jari je lah. Ada masa perbelanjaan akan lebih, menyebabkan perbelanjaan kita sehingga hujung bulan belum tentu cukup. Paling sadis, ada yang ‘terpaksa korek’ daripada akaun simpanan lain sebab duit dalam tangan tidak mencukupi. Fuh, penat mat!

Jangan gelabah gais, tips paling penting adalah kita kena pandai nak urus duit perbelanjaan kita tu. Mungkin korang boleh ikut tips jimat duit ni. Barulah hati tenang!

1. Buat Tabung Simpanan

Korang boleh je buat tabung-tabung seperti di bawah ini untuk simpanan

a. Tabung 1 – Simpan duit RM1 sehari bila balik kerja. (RM365 setahun)

b. Tabung 2 – Jangan guna duit RM5 dan balik kerja simpan dalam tabung/sampul.

c. Tabung 3 – Simpan setiap minggu tambahan RM2 setiap minggu. Minggu 1 = RM2, Minggu 2 = RM4, Minggu 3, RM6, dan seterusnya. (RM2,756 setahun)

Jomlah cuba dulu gais.

2. Kurangkan Stok Makanan

Sebelum korang nak pergi beli barangan runcit, apa kata korang list kan dulu barangan apa yang korang nak beli bagi mengelakkan pembelian barang yang tidak perlu. Kalau nak lagi jimat, korang boleh je order online bagi mengelakkan godaan barang-barang yang tak perlu nanti. Hehe.

3. Masak, Pek Makanan atau Makan di Rumah

Korang tahu tak membeli barangan runcit bernilai seminggu menyamai harga dua makan malam. Korang boleh cuba bawa bekal ke pejabat, elakkan makan di luar sebab kebanyakan masa kita adalah di pejabat, jadi dengan bawa bekal, kita boleh jimat banyak!

4. Buang Langganan Yang Tak Perlu

Haa, mesti korang ada melanggan pelbagai langganan seperti Netflix, Spotify dan banyak lagi kan. Adakah korang rasa korang perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Berapa jam sangat korang nak tengok TV dalam sehari kan. Dengan kerja lagi. Rugi gais. Dah ada TV percuma seperti TV1, TV2, TV3 tu, tengok je yang tu. Lagi jimat!

5. Shopping Produk Yang Berpatutan!

Siapa je yang tak suka shopping kan? Tipu sangat lah! Nak pula geng perempuan tu. Apa yang kami boleh cakapkan di sini, korang boleh je shopping tetapi untuk jimatkan duit korang, beli lah produk atau barang yang perlu dan ada promosi. Jadi tak ada lah nanti duit belanja tu cepat sangat keluar.

Semoga info nie bermanfaat untuk korang..Biasalah #BerbezaItuNormal kan?Setiap orang ada je cara tersendiri untuk berjimat...Selamat mencuba..

Korang guna cara#McmneEh nak berjimat?

Cuba korang komen kat bawah💬⬇️..

#AskLemon8 #tipsandtrick #WeeklyChallenge #BudgetingLife #Lemon8Malaysia