Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

📌INFO KELANTAN |⚠️ Hati-hati semua⚠️⁉️

📌INFO KELANTAN |⚠️ Hati-hati semua⚠️⁉️

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
📌INFO KELANTAN |⚠️ Hati-hati semua⚠️⁉️ JPEG Download

Assalamualaikum, hi lemon8🍋🍋..

⚠️26 Lokasi Berisiko Kepala Air, Tanah Runtuh Susulan Hujan Lebat⚠️

Susulan hujan lebat dalam tempoh ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri Kelantan menyenaraikan 18 kawasan yang dikhuatiri berisiko berlaku kepala air selain lapan lokasi berisiko tanah runtuh.

Kawasan yang dikenal pasti termasuklah Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh; Lata Rek, Lata Berangin, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang, Lata Y, Air Terjun Jelawang Dabong dan Lata Kertas di Kuala Krai.

Pengarah JBPM negeri, Zainal Madasin berkata, dua kawasan peranginan di Tanah Merah yang tersenarai ialah Lata Hujan dan Lata Bijih.

Manakala, di Jeli membabitkan Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo dan Lata Kashmir.

"Kita turut mengenal pasti kawasan Air Terjun Bukit Bakar dan Jerama Linang di Machang serta Jeram Pelangi, Renok di Gua Musang.

"Pelancong yang memasuki Kelantan pada musim cuti persekolahan nanti dinasihatkan berhati-hati jika memasuki kawasan berkenaan," kata beliau ketika ditemui pemberita dalam Perhimpunan Bulanan JBPM di Kota Bharu pada Ahad.

Menurut beliau, lokasi yang berpotensi tanah runtuh pula ialah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing dan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik.

Tambah beliau, kawasan lain yang dikenal pasti termasuklah sekitar Lojing di Gua Musang, sekitar Lata Rek, kawasan Gunung Stong, Kampung Chuchuh Puteri di Kuala Krai dan Batu 18, Jalan Timur Barat Jeli.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua pegawai dan anggota bomba, termasuk anggota penyelamat di air (SWART) kini mengikuti latihan untuk bersiap sedia menyelamat susulan setiap tahun berlaku hujan lebat dan banjir.

"Kita akan memastikan kekuatan mencukupi dan semua logistik berada dalam keadaan siap sedia termasuk kelengkapan penyelamat di air," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, JBP juga berganding bahu dengan pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk setempat untuk memudahkan penerimaan maklumat.

"Dalam tempoh ini juga, kami melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan berisiko itu terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Jelasnya lagi, penduduk yang berada di kawasan berpotensi banjir turut diberikan taklimat berkaitan keselamatan di air.

Hal ini kerana penggunaan jaket keselamatan dikhuatiri belum tentu selamat sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian

#ViralKini#Susahnya #AskLemon8 #WeeklyChallenge #ViralOnLemon8 #Lemon8Malaysia #MalaysiaLife#info #kelantan #weekendspecial