Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

📌JAKIM | Isu Status Halal Premis Makanan✅✨

📌JAKIM | Isu Status Halal Premis Makanan✅✨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
📌JAKIM | Isu Status Halal Premis Makanan✅✨ JPEG Download
📌JAKIM | Isu Status Halal Premis Makanan✅✨ JPEG Download

Assalamualaikum, hi lemon8🍋🍋...

#ViralKini Tular Surat Maklum Balas JAKIM Berkaitan Isu Status Halal Premis Makanan, Ini Penjelasan JAKIM

PUTRAJAYA -- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM.

Jelas JAKIM, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

"Maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut," katanya menjawab pertanyaan berkaitan isu status halal premis makanan.

Sementara itu, JAKIM turut menjelaskan premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best mempunyai SPHM yang masih sah.

"Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

"Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php

Sebelum ini, tular surat maklum balas yang dikeluarkan oleh JAKIM berhubung status halal bagi beberapa premis.

Sistem AI mudahkan prosedur mohon sijil halal

Sementara itu dalam perkembangan lain, JAKIM juga sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata teknologi itu dijangka membantu JAKIM terutama dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Beliau berkata perkara yang paling rumit dalam prosedur meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

Sumber: Facebook JAKIM

#MalaysiaLife #ViralKini #Susahnya #AskLemon8 #WeeklyChallenge #ViralOnLemon8 #Lemon8Malaysia #AnonymousStory #Malaysia