Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍

Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍 JPEG Download
Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍 JPEG Download
Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍 JPEG Download
Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍 JPEG Download
Unspoken: Kebenaran Tentang Perkahwinan 💍 JPEG Download

Hello beauties and lovelies! 💓 So here it’s Marr again girls🙌🏻🥰 Harini i nak share about relationship lagi.. Harap you guys rajin la nak baca caption i explain panjang2 ni hihi😉

Masa i still muda dalam usia 12-18 tahun, i pernah la terfikir and berangan about my wedding.😂 I bayangkan i berjalan dekat taman yang special la untuk hari perkahwinan kan, pakai gaun pengantin 🤪 dengan ramai kawan2 and family yang tengok. Masa tu terfikir juga macam mana husband i perangai dia apa semua kan and macam mana kehidupan bila berkahwinan nanti. And of course masa tu i fikir yang indah je semuanya kan🤣🤣.

Lepastu hari berganti hari, musim berganti musim, i dah melangkah ke alam dewasa .. Ternyata rupa-rupanya, perkahwinan ni tak macam yang i expect pon!🥹 Jadii tujuan i share topik ni harini adalah untuk bagitahu la beberapa and bincangkan apa yang you perlu ketahui sebelum berkahwin. And of course fair and square i akan bercakap tentang yang baik, yang buruk, and yang teruk! So i you tengah fikir tentang berkahwin even bukan sekarang and suatu hari nanti, make sure you dah baca la apa yang i share ni☺️.

1. Pertengkaran

Sebelum i berkahwin, i fikir i dengan husband tak akan bertengkar lah🤭. I fikir i akan sentiasa bersetuju, dan kalau tak pon, kitorang akan membincangkan pendapat masing2 and kitorang akan jalani perkahwinan ni dengan tenang dan berkompromi. Dah tentu la kan i fikir macamtu sebab masa tu i still muda dan sangat naif. Tapi bak kata pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ haa pernah dengar pepatah tu tak? Hehe🤭

Tapi bila dah meningkat usia dan dewasa i tahu bahawa kebahagiaan rumah tangga tak akan selalu berjalan lancar. Ada kalanya i rasa ada je perkara yang akan buat kitorang bergaduh berdebat even tentang perkara besar dan kecil, even tentang topik serius ataupon perkara remeh. Perkara ni normal je sebenarnya. Perselisihan faham memang kita tak dapat nak elak, tapi itu tak bermakna ia perlu merosakkan hubungan perkahwinan tu. Apa yang penting ialah cara kita mengendalikan isu tersebut. Jadi kita kena la belajar berkomunikasi dengan baik dan solve kan konflik secara membina, inshaAllah kita akan berada dalam keadaan yang baik.

2. Perubahan

Manusia ni berubah mengikut masa, dan termasuklah kita and pasangan kita. Masa awal perkahwinan, kita and husband still lagi dalam sesi mengenali antara satu sama lain. Kita tengah belajar about apa yang dia suka dan tak suka, apa tabiat dia apa yang dia biasa buat. Tapi seiiring dengan berjalan waktu, kita akan berubah dan berkembang sebagai seorang individu. Dan begitu juga partner kita.

Boleh menjadikan berubah menjadi perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Berubah ke arah kebaikan of course lah happy kan hati. Tapi kalau berubah sebaliknya, susahlah untuk kita sesuaikan diri and selesa bila dia mula buat perkara yang berbeza daripada yang biasa dia buat.

Penting juga untuk tahu and ingat yang perubahan terjadi adalah lumrah kehidupan, and takpe if you and your partner tak selalu berjumpa bertentang mata. Jadi apa yang penting ialah you berdua bersedia untuk menyesuaikan diri dan berkompromi. Selagi you boleh berbuat macamtu, inshaAllah you akan dapat mengharungi segala perubahan yang berlaku.

3. Berusaha

Pada awal perkahwinan, kita selalunya akan terperangkap dalam fikiran bahawa hubungan ni akan "berfungsi" dengan saling mencintai, jadi semuanya harus sempurna..

Namun semua itu salah ya. Malah pasangan yang paling bahagia and paling serasi pon still perlu ada usaha dalam perkahwinan dorang. Sebuah perkahwinan ni memerlukan usaha untuk kekalkan hubungan yang sihat and bahagia. Kalau kita nak perkahwinan kita berkekalan, kita perlu bersedia untuk usaha berkomunikasi, berkompromi and respect eash other.

Tak bermakna kita perlu menghabiskan setiap minit untuk fikirakan about relationship. Tapi ini bermakna buat kita terus berusaha untuk berhubung dengan pasangan kita. Sama ada pergi dating macam bercinta dulu2 ke, berjalan-jalan bersama, atau cuma duduk and borak tentang hari2 yang kita lewati, apa2 pon make sure la untuk luangkan masa untuk pupuk hubungan tu bersama. Walaupon dalam keadaan yang sibuk, tetaplah cari masa untuk spend time together. Memang agak sukar, tapi ini semua berbaloi.

4. Keluarga Pasangan

Keluarga suami ni, tak semestinya apa yang kita harapkan kita akan dapat tapi yang penting untuk cuba bergaul dengan dorang. Lagi pula, dorang kan dah jadi sebahagian daripada kehidupan kita sejak kita berkahwin dengan pasangan kita. Nak taknak kita kena hadap la setiap kali berjumpa atau balik kampung.

Tapi sebenarnya ramai je pasangan lain yang ada perselisihan faham dengan mertua atau keluarga pasangannya, and perkara ni tak perlu nak dimalukan pon. Kita cuma perlu belajar menerima dorang seadanya, mungkin dengan ini akan menjadikan hidup kita lebih mudah.

Conclusionnya, even perkahwinan ni tak selalu mudah, tapi perkahwinan ni berbaloi. Sebab ini adalah peluang untuk membina hubungan yang kuat dan berkekalan dengan orang yang kita sayangi. So please never give up, walaupun dalam keadaan dan situasi yang sukar.

Apa yang penting ialah macam mana kita mengendalikan hari-hari buruk. Cuba cari cara untuk meluangkan masa mendengar pendapat pasangan kita dan cuba memahami perspektif dia? Cuba sama2 bekerjasama mencari jalan penyelesaian yang sesuai atas apa jua dugaan yang datang.

Lebih2 lagi untuk mempertahankan perkahwinan yang berkekalan, kita perlu bersedia melalui masa yang sukar dan perlu jadi lebih kuat. Kalau kita boleh buat, inshaAllah kita akan merasai perkahwinan yang bahagia dan sihat.

Sekian itu je sharing i untuk kali ni. Semoga membantu🥰 Terima kasih sudi membaca! I harap posting ni berguna ya untuk kita semua.

Follow me for more tips🫶🏻

#RelationshipStory #marriage #life #relationshipadvice