从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
Penggunaan car seat mmg tidak dapat disangkalkan lagi sangat penting untuk keselamatan anak-anak dan jatuh sebagai salah satu keperluan perlu untuk anak-anak.
Sekarang alhamdulillah lebih ramai ibu bapa yang cakna tentang pentingnya penggunaan car seat.
Tapi dengan kewujudan pelbagai jenis car seat di pasaran, yang mana satu yang terbaik untuk anak-anak?
Tips pemilihan car seat berdasarkan berat dan tinggi anak-anak.
Kumpulan car seat:
1. Kumpulan 0/0+
- Menghadap belakang
- Sesuai untuk 0-18 bulan
- Berat sehingga 13kg
- Tinggi sehingga 83cm
2. Kumpulan 1
- Menghadap belakang (extended) atau menghadap hadapan
- Sesuai untuk 15 bulan-4 tahun
- Berat 9-18kg
- Tinggi 71cm dan ke atas
3. Kumpulan 2
- Menghadap hadapan
- Sesuai untuk 4-7 tahun
- Berat 15-25kg
- Tinggi 100cm dan ke atas
- Digalakkan menggunakan booster dengan 5 point harness
4. Kumpulan 3
- Menghadap hadapan
- Sesuai untuk 6 tahun dan ke atas
- Berat 25-36kg
- Sehingga ketinggian 135cm
Tolong JANGAN beli portable car seat seperti di dalam gambar ini kerana portable car seat tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan untuk melindungi anak-anak anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dalam pemilihan car seat yang terbaik untuk anak-anak!