Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Resepi Roti Kukus Ala Kopitiam 😋

Resepi Roti Kukus Ala Kopitiam 😋

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

VIDEO
MP4 Original Video 下载
PHOTOS
Resepi Roti Kukus Ala Kopitiam 😋 JPEG 下载

Hai semua 🤗 Jom saya kongsikan satu idea sarapan atau minum petang yang sangat mudah namun sedap ala Kopitiam tau. Kebiasaannya kita buat roti kukus inti kaya kan. Harini kita cuba kelainan dengan perasa kopi. Korang boleh variasikan flavour mengikut citarasa masing masing ya. Boleh juga guna pelbagai jenis roti. Untuk hari ini saya sediakan roti Kukus kopi berkeju. Hanya 5 bahan sahaja yang diperlukan. Korang boleh gantikan kopi dengan apa sahaja serbuk minuman 3 in 1 atau Milo. Susu pekat hanya pilihan untuk bagi extra manis. Boleh skip kalau serbuk perasa yang korang gunakan dah manis tau.

Bahan bahan yang diperlukan

(Anggaran untuk 6 biji)

🌼Roti Sosej (boleh gunakan apa apa jenis roti. Bun burger pun boleh)

🌼3 sudu besar mentega

🌼Serbuk kopi 3 in 1

🌼1 sudu besar susu pekat

🌼Cheddar cheese (option)

Cara penyediaan

Satukan mentega, serbuk kopi 3 in 1 dan susu pekat. Belah bahagian tengah roti tanpa putus. Sapukan adunan mentega di tengah roti. Letakkan cheese. Sapu atas roti dengan sedikit mentega. Kukus selama 3 minit. Siap dihidang 😊

#racunlemon8 #cookwithlemon8 #breakfastidea #teatimeidea #dinnerideas #easyrecipe #resepirotikukus #cookingideas