Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Menu sihat ❤️ Ayam Kukus Taucu

Menu sihat ❤️ Ayam Kukus Taucu

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

VIDEO
MP4 Original Video Télécharger
PHOTOS
Menu sihat ❤️ Ayam Kukus Taucu JPEG Télécharger

Hai semua 🤗 kalau korang dah bosan diet dengan ikan bakar, ayam bakar, ayam rebus saje boleh lah cuba ayam Kukus Taucu pula tau. Siapa suka pedas, boleh tambahkan cili api. Menu ni memang tak masukkan garam sebab taucu dan kicap cair dah cukup masin. Gula kita tambahkan sedikit sahaja untuk balance kan rasa. Untuk masak ayam taucu ni kita suka potong ayam kecil² supaya semua rencah meresap dalam isi ayam. Tak letakkan air sebab masa Kukus nanti ayam akan keluarkan jus dan jadi berkuah. Kita perapkan ayam dalam 30 minit tapi kalau korang tak nak perap pun takpe. Sedap juga 😋

Bahan bahan yang diperlukan

-5 ketul ayam potong kecil

-Bahan tumbuk- 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, seinci halia , 5 biji cili api

-2 sudu sos tiram, 3 sudu Taucu, 2 sudu kicap cair, lada putih, sedikit gula, 1 sudu minyak bijan, sedikit asam jawa, batang daun bawang

Perap ayam dengan semua bahan. Kukus 40 minit api sederhana. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

#racunlemon8 #cookwithlemon8 #lunchidea #easyrecipe #resepiayamtaucu #resepisihat