Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Kenapa kena pilih SSPA?

Kenapa kena pilih SSPA?

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载
Kenapa kena pilih SSPA? JPEG 下载

Assalamualaikum & Hye Lemon8babes 😘😘😘

Bermula hari ini, penjawat awam dah boleh pilih sama ada untuk kekal di Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari sehingga 30 November 2024. Tapi, di tempat Elis bekerja kami perlu membuat pilihan selewat-lewatnya 15 November 2024 untuk tujuan pelarasan dan kenaikan gaji baru pada 1 Disember 2024.

Persoalannya kenapa kita kena pilih SSPA? Boleh ke kalau nak kekal dengan SSM? Jawapannya, boleh je. KUP (Khas Untuk Penyandang) dimana pegawai yang memilih untuk kekal di skim SSM akan terus menerima struktur gaji dan elaun di bawah skim lama, tanpa menikmati penambahbaikam sistem SSPA seperti pelarasan gaji baharu dan kenaikan pangkat tanpa kekosongan.

Apa kelebihan memilih SSPA?

1) Struktur Gaji Baharu: Semua sedia maklum akan ada pelarasan gaji baharu yang akan diterima pada Disember 2024 dan Februari 2026.

2) Penambahbaikan Elaun: Elaun yang lebih fleksible dan relevan dengan perkhidmatan moden seperti ( elaun Cuti Tanpa Rekod Kelompok).

3) Kemajuan Kerjaya Yang Lebih Fleksible: Bagi pegawai yang memenuhi syarat prestasi dan kecemerlangan boleh terus menikmati Kenaikan Pangkat One-Off tanpa perlu menunggu kekosongan waran dan TBK juga akan dikekalkan.

4) Penilaian Prestasi Melalui MyPerformance: Penilaian prestasi yang lebih konprehensif. Pegawai yang mencapai prestasi cemerlang akan layak menerima insentif khas dan kenaikan gaji lebih awal.

5) Kemudahan Tambahan: Penambahan kepada keseimbangan kehidupan kerja dan penjagaan kesihatan pegawai selain daripada kemudahan Cuti Tidak Berekod yang lebih fleksible.

Tapi, yang paling mudah nak terangkan kalau kita pilih opsyen SSPA ni automatik kita akan dapat kenaikan gaji baharu yang akan diberikan sebanyak dua kali. Bab pencen pula, jangan risau… Penjawat awam masih tertakluk di bawah Akta Pencen 1980 atau yang memilih KWSP masih tertakluk di bawah Akta KWSP 1991.

Elis dah memilih. Korang yang akak dan abang gomen tu dah pilih ke belum?

#AskLemon8

#Lemon8Forum

#ThisVsThat

#WorkingDiary

#Lemon8Malaysia

#workingmomsoflemon8

#government