Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨

Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨ JPEG Descargar
Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨ JPEG Descargar
Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨ JPEG Descargar
Completed Movies in May 2024 : Part 3 ✨ JPEG Descargar

Hi Lemonies 🍋

Hari nie nak share the last part movies yg i dah tengok utk sepanjang bulan Mei nie.

Pantang ada masa2 yang terluang mmg i suka tengok movie hehe 🤭

So jom kita tengok review movies :

1. Something in the Water (English)

Rate : 2/10 ⭐️

Nie kalau dah i bagi rate 1 ⭐️ ja korang tak payah tengok la 🤣 Biar masa i ja terbuang ngan sia2, jangan masa korang hehe. Permulaan cerita pun slow, banyak cakap. Tak boleh tahan, i just skip ja lebih kurang 30min pi part yg kena ligan ngan shark tue 😂 Yg sakit hati tue, boleh plak mula2 tue 1 ppuan kena gigit shark tapi kata 'I'm ok' Ok jadah dia, akak nie baran dikkk..tak ok la kena gigit! 😵‍💫

2. Night Swim (English)

Rate : 5/10 ⭐️

Cerita nie pasal ada entiti/hantu kat swimming pool. For me so so saja, takda seram mana. Ada jumpscare saja sikit2. Ending dia pengorbanan seorang bapa utk melepaskan keluarganya daripada hantu tue. Malas nak review panjang2 sebab cerita dia pun so so saja 😁😁

3. Arcadian (English)

Rate : 7/10 ⭐️

Movie nie tentang makhluk yg datang menyerang ketika pada waktu malam sahaja. Seorang bapa & dua orang anak lelakinya tinggal disebuah rumah usang sambil menjalani kehidupan normal bersama makhluk yg ganas boleh membunuh manusia. Tapi ada satu hari, seorang anaknya pergi ke tempat lain utk bekerja di ladang keluarga lain tetapi hanya dia seorang saja dibenarkan. Namun ketika dlm perjalanan pulang, dia berlari mengejar masa sebelum gelap dan tergelincir lalu jatuh ke dalam lubang. Time tue mmg makhluk tue dtg & bapanya dtg menyelamatkan anaknya. Tapi ending cerita sedih jgk la, bapanya berkorban utk selamatkan anak2nya & kawan anaknya.

4. Mother of the Bride (English)

Rate : 7/10 ⭐️

Cerita nie berkenaan dgn Lana, ibu tunggal terkejut dengan berita anaknya yg akan berkahwin pada saat akhir. Lebih mengejutkan, bapa kpd bakal menantunya adalah kekasihnya ketika dizaman sekolah. Cerita nie boleh la santai2 nak tengok, tak berat hehe. Merapu ja banyak 😂 Endingnya, Lana dilamar oleh Will (bapa kpd menantunya) setelah masing2 salah paham berlaku di sepanjang percutian mereka.

5. Crew (Hindi)

Rate : 10/10 ⭐️

Cerita nie awesome! Best tengok sebab tak banyak berjoget 🤣 Lepas tue impress dengan kebijakan mereka semua haha! Puas hati tengok ending dia, dapat jongkong emas banyak plak tue 😍 Majikan mereka menindas pekerja dia, cakap takda duit nak bayar gaji pekerja & announce bankrup tapi emas dia berlambak2 🥴 Sakit hati la mereka bila dah taw, so dorang buat rancangan utk mengambil hak mereka kembali ketika majlis perkahwinan anak majikan mereka. Rekomen tengok 👍🏻

6. To Catch a Killer (English)

Rate : 9/10 ⭐️

Kisah nie tentang mencari pembunuh bersiri yg membunuh ramai orang ketika sambutan tahun baru. Eleanor nie seorang pegawai polis rank rendah tetapi seakan memahami pembunuh tersebut, oleh kerana itu, ketua penyiasat FBI Lammark telah merekrut Eleanor utk menyiasat kes itu bersama. Akhirnya, Eleanor & Lammark dapat lokasi dimana tempat tinggal pembunuh tersebut iaitu di rumah maknya. Namun, tanpa diduga Lammark telah ditembak & Eleanor hampir saja dibunuh. Namun dia dapat melepaskan diri & mengigit leher pembunuh tue, akhirnya pembunuh tue tak larat nak jalan & ditembak oleh polis.

7. Atlas (English )

Rate : 8.5/10 ⭐️

Movie nie tengok sebab JLo ja sebenarnya 🤭 Tapi cerita ok, best! Boleh tengok bersama anak-anak sebab takda yg romance2 tue hehe. Cuma ada aksi ganas ja, tp if ada parents should be ok kot. Ceritanya, Harlan lelaki AI cuba utk menghapuskan semua manusia & menakluk bumi. Atlas menjalankan penyelidikan bertahun-tahun utk menjejaki Harlan kerana ingin membalas dendam. Harlan telah membunuh ibunya walaupun ibunya adalah pencipta Harlan sendiri. I guess bergantung sgt dgn AI is not really good lepas tgk cerita nie, serammm 😂😂

8. Mother's Instinct (English)

Rate : 9/10 ⭐️

Movie nie quite disturbing sebenarnya. Celine (Anne Hathaway) kehilangan anaknya lelakinya yg terjatuh dari balkoni. Jiran dia Alice ternampak kejadian itu tetapi tidak dapat berbuat apa. Mula2 tak syak plak Celine nie bunuh nenek jiran sebelah nie, tapi lepas tue dia bunuh laki dia sendiri (dia buat mcm bunuh diri) barulah percaya yg Celine nie mcm meroyan la sebab kehilangan satu2nya anak dia. Lepas tue mmg tak boleh brain, dia pi bunuh jiran dia sekali (dia staged rumah tue mcm kebocoran gas). Tapi dia tak bunuh anak jiran dia sbb pada akhirnya dia ambik budak tue sbagai anak angkat dia. Kiranya sebagai pengganti anak lelaki dia 😅

9. The Boy & The Heron (Jepun)

Rate : 8.5/10 ⭐️

Anime dari Studio Ghibli ♥️ Cerita dia agak berat jgk sebenarnya, kena fokus betul2. Banyak maksud tersirat & budak lelaki nie mengalami trauma ketika kecil, dia kehilangan maknya di dalam kebakaran di hospital. Lepas itu, bapanya berkahwin lagi & secara kebetulan wajah ibu tirinya hampir serupa seperti ibunya. Ibu tirinya satu hari telah hilang setelah burung heron tue jumpa & berkata ibunya tidak mati, masih hidup. Namun sbnrnya itu hanyalah perangkap semata utk memancing budak itu utk tinggal di alam yg satu lagi. Tapi pada akhirnya dia berjaya menyelamatkan ibu tirinya & keluar dari tempat itu.

10. City Hunter (Jepun)

Rate : 9/10 ⭐️

Movie nie better orang dewasa ja yg tengok ya, sebab banyak nudity dlm cerita nie. Tapi best tengok santai2 sebab mmg lawak gila. Hero dia mcm bodoh2 sikit 😂 Cerita dia pasal ada virus yg mengjangkiti orang & mereka semua bertindak ganas & mati pada akhirnya. Namun, ada seorang budak perempuan tidak mati setelah disuntik dengan serum apa ntah haha! So kat situ la journey mereka bermula utk mencari pemilik sebenar serum tersebut & bagaimana modus operandi mereka berjalan.

#MyFreeTime #NnisaDiary #Lemon8SparklingDay #Lemon8RisingCreatorMY #Movie #Movies #moviereview #movierecommendation #moviestowatch