Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Temuduga SPA: Saya LULUS dan GAGAL

Temuduga SPA: Saya LULUS dan GAGAL

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Temuduga SPA: Saya LULUS dan GAGAL JPEG Descargar

Salam 🍋ers!

Semasa saya bergelar lepasan Uni dahulu, segala jenis jawatan saya mohon, segala jenis borang saya isi. Termasuk la SPA ni juga. Nak kerja gomen la katakan. Mungkin ketika itu saya berhasrat untuk mempunyai kelebihan ‘boleh sahkan sijil orang’ 🤩

Saya pernah juga beberapa kali dipanggil untuk menduduki ujian bertulis. Mak aih, #Susahnya nak lulus ke apa sebab kebiasaan keputusan adalah GAGAL 😩

Namun demikian, permohonan SPA tetap juga lah diperbaharui. Sehinggalah suatu ketika saya dapat panggilan untuk hadir ke sesi Temuduga SPA. Ketika itu saya sedang melanjutkan pelajaran di selatan tanah air. 2 kali ya panggilan temuduga, tapi dalam tahun yang berbeza.

Berikutan #Susahnya nak predict soalan apa yang akan ditanya, maka saya study kaw-kaw la dasar-dasar Kerajaan, ambil tahu kisah viral masa kini, istilah-istilah teknikal berkaitan jawatan yang saya mohon dan perkembangan teknologi semasa 💪🏽

Sekali hanya 2 soalan yang ditanya:

1️⃣ Apa yang sedang awak buat sekarang ini

2️⃣ Sekiranya awak tidak diterima ke jawatan ini, apa perancangan seterusnya.

Maka jawapan saya:

1. Saya sedang belajar; dan

2. Saya akan sambung kepada pekerjaan saya setelah saya tamat belajar kelak.

And guess the result, yes GAGAL!

Ditakdirkan saya dapat lagi panggilan temuduga yang kedua, pada tahun akhir pengajian saya. Yep, masih 2 soalan yang sama. Namun kali ini, saya tukar jawapan kepada soalan ke-2 iaitu:

“TOLONG LA tuan! Saya memang takde perancangan lain dah”

Penemuduga: “Tapi sekiranya awak ditawar semasa awak masih belajar ni, macam mana?”

”Tuan letak la saya jadi CALON SIMPANAN dulu”

And YES, sebagaimana dipohon, saya ditawarkan sebagai CALON SIMPANAN!

Alhamdulillah selepas 3 bulan goyang kaki di rumah selepas tamat belajar, Allah bagi saya tawaran LANTIKAN TETAP untuk jawatan tersebut 🤲🏼

My POV untuk Temuduga SPA, selain bersedia dengan pengetahuan, pastikan juga kita menunjukkan kepada penemuduga bahawa kita benar-benar berharap kepada jawatan tersebut dan #Susahnya kita nak pohon jawatan lain sekiranya gagal kelak 🫡

SELAMAT BERJAYA!

#Lemon8Malaysia #temudugaspa