Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Sekali pergi,nak pergi lagi. Itulah Kota Mesir!🇪🇬

Sekali pergi,nak pergi lagi. Itulah Kota Mesir!🇪🇬

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Sekali pergi,nak pergi lagi. Itulah Kota Mesir!🇪🇬 JPEG Download

Hi Lemoners! 🌸

Kepada yang pernah jejakkan kaki ke Mesir, Bumi Anbiya’ yang penuh sejarah Islam ini. Rasa sama macam sis tak? Rasa macam nak repeat lagi pergi sana. Ke sis sorang je? #AkuJeKe ? Ya, mungkin setiap orang ada pengalaman dan pandangan yang berbeza kan? Tapi bagi sis. Yes! Ada peluang dan #Rezeki InsyaAllah memang nak pergi lagi ziarah kota mesir ini.

Perasaan teruja bila dapat jejakkan kaki melawat tempat-tempat bersejarah ini, rasa macam terbuka minda seperti “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Sebelum ni hanya baca dan dengar saja. Bila berpeluang datang dan tengok sendiri. Satu perasaan yang sukar digambarkan!

Alhamdulillah sepanjang 7 hari 6 malam, sis bersama keluarga sempat melawat beberapa tempat di sekitar Kota Kaherah dan juga ke Kota Iskandariah (Alexandria).

🇪🇬Sekitar Kota Kaherah🇪🇬

📍Masjid Al-Azhar : Masjid yang dikenali sebagai Universiti pertama didunia. Pertama kali masuk dalam masjid ini mata terpegun sekejap tengok keindahan binaan dan sangat unik ada ruang kosong di tengah2 masjid dengan marmar putih yang sejuk! Rata- rata masjid besar di Cairo ni memang akan ada ruang besar di tengah macam ni. Antara masjid-masjid lain yang kami singgah adalah📍Masjid Sultan Hassan📍 Masjid Hussein.

📍Great Pyramid of Giza

Diantara keajaiban binaan manusia dan kekufurannya kepada Maha Pencipta.Pengalaman tak boleh lupa kat sini, pertama kali naik unta! Tak nak naik pun mula-mula sebab tinggi kut unta tu. Sis gayat. Kena paksa naik jugak! Haha.

Tengok dari batu bongkah besar-besar binaan pyramid terus teringat sejarah yang mana sis baca menurut ahli sejarah untuk menyiapkan piramid kufu ini menggunakan 300,000 pekerja yang memakan masa 20 tahun untuk menyiapkannnya. Tapi sayangnya binaan hebat ini dijadikan bukti bagi menunjukkan kekuasaannya mengatasi kuasa Maha Esa.

Cenderamata dari Pyramid tak tergamak nak beli sebab semuanya melambangkan Firaun. Terfikir juga mana satu Firaun yang ditenggelamkan Allah di Laut Merah.

📍Nile City

Kami juga berpeluang menaiki cruise pusing sekitar bandar cairo di waktu malam. Menyelusuri sungai Nil melihat keindahan lampu-lampu di kota kaherah sunguh asyik dan menenangkan ditambah pulak pak arab pasang lagu Arab. Terhibur betul dengan gelagat dorang!

Sebut tentang Sungai Nil. Ada penyair arab kata yang bermaksud : "Sesiapa yang pernah minum air Sg Nil, ia pasti akan kembali semula ke Mesir".

📍Maqam Imam Syafie dan

📍Masjid Imam Syafie

Di Mesir terdapat banyak maqam para ulamak dan auliyak Islam. Antaranya ialah Maqam Imam Waqi' dan Imam Syafie atau Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib. Di sini juga terdirinya Masjid Imam Syafie. Mazhab Syafie salah satu daripada mazhab yang banyak dikuti oleh penganut agama Islam di Malaysia, Indonesia dan India.

Kali pertama sampi di Makam Imam Syafie, sis rasa sebak tengok keadaan sekeliling. Sepupu memang ada cerita, di sini kawasan ramai penduduk miskin. Waktu kami sampai, ramai yang tunggu dan menghampiri kami nak minta sedekah.

📍Rumah pelajar-pelajar Malaysia

Kami juga sempat melawat rumah malaysia di sini. Kebetulan sepupu dan suaminya memang pelajar di Universiti Al Azhar. Banyak input dan info mengenai selok belok kota mesir dan budaya orang arab sepupu yang banyak kongsikan. Kalau nak pergi mana-mana, dia selalu ingatkan sebab sis perempuan. Banyak kena berjaga-jaga dengan pak arab ni.

🇪🇬Perjalanan ke Kota Iskandariah ( Alexandria )🇪🇬

Sepanjang jalan dapat tengok panorama hijau. Dulu, duk fikir bila negara arab je mesti padang pasir. Rupanya tak! Haha sejuk je mata pandang pemandangan hijau ni. Perjalanan dari Cairo ke Alex ni memakan masa lebih kurang 3 ke 4 jam perjalanan. Di Alex ni kami sempat melawat ke beberapa tempat seperti :

📍Montaza Palace

Masuk je kawasan ini, mata sis asyik sekali memandang kiri kanan tengok taman landskap yang sangat cantik! Ada juga mereka yang bentang tikar sambil duduk minum-minum. Dan disini juga

terletaknya :

📍Istana Raja Farouk

Disebalik megah dan indahnya Istana ini, terdapat besi seperti tombak-tombak tajam di setiap menara tersebut yang didakwa sebagai lambang kezaliman pemerintahan Raja Farouk. Istana ini kita tak boleh masuk, just dibenarkan untuk bergambar dari luar. Di hapapan Istana ini juga, ada pemandangan yang sungguh indah Laut Mediterranian.

📍Citadel of Qaitbay

Salah satu peninggalan sejarah yang masih berdiri kukuh adalah Citadel of Qaitbay atau benteng Qaitbay. Menurut sejarah, Dinasti Mamluk kepemimpinan Sultan Al-Ashraf (Qaitbay) terkenal akan kekuatan militernya yang sanggup menahan dan menghancurkan serangan pasukan Mongol pada abad ke-13. Dan salah satu peninggalan Qaitbay adalah bentengnya di Alexandria. Bentengnya bewarna krem keputihan, teguh berdiri di tepian laut Mediteranian.

Pengalaman masuk ke dalam kubu ni, sis terpegun dengan cara binaannya. Dari atas kubu ni boleh tengok Laut Mediteranian sejauh mata memandang. Pemandangan yang sungguh cantik laut membiru dan tenang.

Sebelum pulang semula ke kaherah, kami

sempat juga pusing-pusing tengok Alexandria Library, tengok juga tempat shooting filem “KETIKA CINTA BERTASBIH”. Pendek kata, Alexandria ini adalah kota cantik di pinggir Laut Mediteranian.

Sebelum pulang ke Malaysia, kami sempat singgah di :

📍Pasar Khan Khalili

Siapa yang datang ke Mesir, tak sah kalau tak singgah sini. Sis suka tengok barangan antik yang dijual. Lampu-lampu yang rare. Pendek kata, kat sini macam-macam ada jual. Kami sempat juga ke Pasar Hussin. Pengalaman pergi ke sini, kepala sis berapa kali kena siku dengan pak n mak arab! Haha dorang memang jenis jalan laju dan agak kasar. Bagi dorang biasa je.

🌸 Walau apa pun pengalaman manis tak berapa manis yang sis tempuhi di sana. Perasaan teruja dapat jejakkan kaki di Bumi Anbiya’ yang penuh sejarah ini mengatasi segala-galanya. Jelajah Kaherah juga cukup membuatkan sis berfikir banyak benda. Andai dulu, hanya dari buku dan tulisan semata sejarah itu dipertontonkan. Namun, tidak lagi di Mesir. Semua itu berada di depan mata. Betullah kata orang, 'melihat dari kaca mata sendiri adalah tarbiyah terbaik dalam diri'. Andai ada peluang dan rezeki, InsyaAllah memang sis nak pergi lagi.

Sekian perkongsian daripada sis. Terima kasih sudi baca!🤍

#Lemon8Diary #BeReal #AkuJeKe #Lemon8Malaysia #Rezeki #AskLemon8

#TravelStory