Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Welcome To My Muji Style Home

Welcome To My Muji Style Home

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Welcome To My Muji Style Home JPEG Download

Sudah lama mengimpikan sebuah kediaman yang ringkas tetapi mempunyai aura tersendiri. Sebelum masuk ke kediaman yang saya dan suami beli pada Oktober 2018, saya sudah mencari ilham di sosial media mengenai konsep kediaman yang boleh diterapkan.

Setiap kali di sosial media dan menonton beberapa filem Korea dan Jepun, saya melihat kebanyakan kediaman mereka begitu ringkas tetapi mempunyai keunikan tersendiri. Jadi, saya membuat sedikit bacaan dan ia adalah konsep Muji.

Konsep Muji bermain dengan rona lembut dan alam semula jadi seperti coklat lembut, putih dan krim. Rona seperti itu sememangnya mudah untuk disatukan dengan warna perabot yang diinginkan.

Perabot untuk kediaman berkonsep Muji ini adalah ringkas tetapi mempunyai fungsi tersendiri sesuai dengan cita rasa saya yang tidak memilih sesuatu yang sarat di dalam ruang kediaman.

Aspek utama dalam idea gaya Muji adalah reka bentuk yang bersih dan kemas, perabot berkualiti dan direka dengan praktikal serta boleh menyesuaikan diri dengan cepat mengikut keperluan yang berubah-ubah.

Ia juga mudah untuk mengatur hiasan dan memerlukan ruang lapang serta sedikit sentuhan kehijauan seperti tumbuh-tumbuhan.

Mendekorasi kediaman berkonsepkan Muji, saya mulakan dari dapur terlebih dahulu kerana ruang itu dilihat mempunyai perabot yang lebih menonjol iaitu kabinet.

#nailahandthedarlingshome #homedecor #homedecormalaysia #Lemon8Malaysia #mujistyle #mujihome #myhomestyle