Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Perkara Penting Selepas Mendapat Kunci Rumah Baru🍋

Perkara Penting Selepas Mendapat Kunci Rumah Baru🍋

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Perkara Penting Selepas Mendapat Kunci Rumah Baru🍋 JPEG Herunterladen
Perkara Penting Selepas Mendapat Kunci Rumah Baru🍋 JPEG Herunterladen

Hello Lemoners🍋

Berikut merupakan cadangan untuk perkara penting yang perlu dilakukan selepas vacant possession dan mendapat kunci rumah dari developer!

memeriksa terlebih dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding retak, cat tertanggal, plaster tertanggal, tiles lompong, bocor, karat dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk pembeli membuat inspection pada rumah dan maklumkan sebarang masalah kepada pemaju. Hal ini adalah kerana kita mempunyai hal sebagai pembeli.

Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda bakal membuat sebarang major renovation, pemaju tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecacatan terhadap rumah anda!

1. Lantik defect inspector untuk membantu anda mengesahkan sebarang kecacatan yang terdapat pada rumah anda.

2. Azan

- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.

- Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan dengan kuat.

3. Pintu

- Buka dan cuba tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali. Sekiranya bermasalah maklumkan kepada defect inspector.

4. Elektrik

- Periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.

- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

- Anda juga boleh mendapatkan khidmat tambahan dari defect inspector untuk bacaan rintangan bumi.

5. Kunci

-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.

-Pemaju kebiasaannya tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Semoga maklumat ini dapat membantu lemoners semua💪🏻🍋

#lemon8review #rumahpertama #tipslemon8 #rumanaf #rumahbaru