Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak

Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak JPEG Herunterladen
Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak JPEG Herunterladen
Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak JPEG Herunterladen
Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak JPEG Herunterladen
Moisturiser terpilih rawat skin barrier rosak JPEG Herunterladen

Hi you! Mesti setiap hari you pakai skincare kan? Tapi kenapa masih pipi naik merah2, biji-biji halus..jerawat pulak senang sangat naik kat muka. Kalau ada salah satu ni terjadi dekat you, bermakna skin barrier you dah terganggu.

Apa itu skin barrier?

‘Skin barrier’ ini la yang menjadi satu lapisan kulit yang teratas berfungsi untuk melindungi kulit daripada serangan dari luar seperti bakteria, alergen dan toksid kimia. Fungsi dalaman pula, ‘skin barrier’ membantu kulit untuk mengekalkan lembapan kulit dan melambatkan proses kehilangan air dari badan.

Kalau ‘skin barrier’ terganggu atau rosak, kita perlu cepat-cepat rawat sebelum kulit menjadi lebih teruk. Salah satu langkah untuk memperbaiki ‘skin barrier’ adalah dengan menggunakan moisturiser yang mempunyai bahan (ingredients) membaik-pulih skin barrier.

✨Kulit normal:

👉Cetaphil Brightening Night Cream

Kulit normal tidak terlalu rumit untuk mendapatkan moisturiser untuk baiki skin barrier kerana kulit jenis ini sesuai dengan kebanyakan moisturiser. Salah satu moisturiser yang boleh digunakan adalah Ceraphil Brightening Night Cream kerana mengandungi agen pelembap seperti Butylene glycol, Hyaluronic Acid, glycerin & sodium hyaluronate. Teksturnya lotion yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

✨Kulit kering:

👉Physiogel Hypoallergic Calming Relief

Kulit kering bersifat rendah kandungan minyak. Ia memerlukan tinggi emollient supaya dapat kunci lembapan dengan baik. Physiogel Hypoallergic Calming Relief mempunyai bukan 1 tetapi 8 bahan emollient iaitu Petrolatum, Dicaprylyl Ether, Dimethicone, Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Helianthus Annuus Seed Oil, Dimethiconol & Prunus Amygdalus Dulcis Oil.

Juga mengandungi tinggi kandungan glycerin yang merupakan bahan terbaik untuk kulit kerana ia bersifat melembap dan mengunci lembapan kulit

✨Kulit kombinasi:

👉Aiken Prebiotic Hydra Plus

Kulit kombinasi berkeadaan mudah berminyak di kawasan T-zone iaitu dahi,dagu dan hidung, manakala normal/kering di bahagian pipi. Aiken Prebiotic Hydra Plus adalah salah satu moisturiser yang boleh digunakan untuk baiki skin barrier kombinasi kerana mempunyai niacinamide yang berfungsi untuk membaiki skin barrier yang terganggu (cell-communicating ingredient) dan mengawal minyak muka.

Bukan itu sahaja, ia mengandungi 5 agen pelembap iaitu Betaine, Glycerin, Butylene Glycol, Biosaccharide Gum-1 & the most popular ingredients iaitu Sodium Hyaluronate. Malah, terdapat bisabolol sebagai bahan melegakan keradangan kulit.

✨Kulit berminyak:

👉Mary Kay Oil Free Hydrating Gel

Kulit berminyak adalah keadaan muka yang mudah berminyak satu mudah. Jadi pertama sekali pilih lah moisturiser bertekstur water-based supaya senang meresap dan selesa you pakai. Contoh moisturiser yang boleh digunakan adalah Oil Free Hydrating Gel. Ia mengandungi banyak agen pelembap dan skin-identical ingredients yang memperbaiki skin barrier dengan baik iaitu Glycerine, Sodium PCA, Proline, Arginine, Glycine, Alanine, Serine & Threonine. Malah, terdapat Camellia Sinensis Extract bagi mengurangkan rengsa atau iritasi kulit.

Itulah sebahagian moisturiser yang you boleh cuba dan jadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan moisturiser yang merawat skin barrier rosak.

Selamat mencuba! Kalau ada soalan , komen dekat bawah ya! Thank you

#nadiahkongsi #lemon8skintest #skincaretips #Skincaregoals #oilyskin #kulitkombinasi #tips #dryskin #lemon8leader #tipsandtrick #tipskulit #tipsskincare #moisturiser #normalskin #sensitiveskin