Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

"Make-up" guna 2 produk je Ke tempat kerja

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
JPEG Скачать
JPEG Скачать
JPEG Скачать
JPEG Скачать
JPEG Скачать
JPEG Скачать

Mungkin ada orang yang sanggup bersiap lama ke tempat kerja. Tetapi tidak bagi saya 🤣🤣🤣. Saya hanya memerlukan 10 minit untuk bersiap ke tempat kerja. #BerbezaItuNormal

Selepas siap memakai "Basic Skincare" saya akan memakai Compact Powder daripada Pixy. Saya memang setia gunakan bedak ne selepas melihat ketahanannya di kulit wajah. Bedak ini mudah untuk didapati di semua pasaraya bukan sahaja di Guardian/ Watson.

Dari segi penggunaan, Memanglah nampak bekas jerawat, lingkaran hitam bawah mata dan kulit tidak licin tapi disebabkan sebelum ne saya pernah hadapi "breakout" yang teruk semasa belajar, saya terus kurangkan penggunaan produk di muka. Bedak ini terasa nipis sahaja di kulit muka, jadi risiko untuk Kulit muka tidak bernafas adalah kurang berbanding memakai "foundation" yang teksturnya lebih tebal.

Dan ternyata bedak padat Pixy ne sangat bagus. Ia menjadikan muka saya lebih cerah, tidak melekit dan berseri. Selain itu, ianya, Murah dan menjimatkan Sebab boleh tahan lama mengikut pada pemakaian. Tak sangka saya kan gunakan konsisten sehingga ke hari ini🤣

Untuk bibir pula saya akan gunakan lipmatte yang sesuai dengan warna baju/tudung. Antara pilihan saya ialah PinkFlash dan O Two O. Boleh baca di posting saya sebelum ne PinkFlash VS O Two O. Kedua-dua jenis Lipmatte ne mudah untuk dibersihkan. Boleh gunakan vaselline/micellar water.

Tetapi beza pula kalau ada "event" penting yang memerlukan saya untuk dress up😂😂 saya memang akan "make-up" sepenuhnya. Jadi, nampaklah beza hari Biasa dan hari Luar Biasa😘

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#TakSangka #ThisVsThat #BeautyTips #weekendspecial