Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨

✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨ JPEG Télécharger
✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨ JPEG Télécharger
✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨ JPEG Télécharger
✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨ JPEG Télécharger
✨Normal ke? Nikah Terkejut dan Tak Buat Majlis✨ JPEG Télécharger

Topik pasal perkahwinan ne saya ada kisah menarik untuk dikongsikan bersama. "Nikah terkejut dan tak buat majlis? NORMAL KE?"

Masa tu, saya rasa kira normal🤣. Sebab waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di Johor.

Kisah nikah terkejut ne paling dahsyat saya pernah alami🤣🤣🤣. Pada 29/5/2021, saya mendapat panggilan telefon daripada Pejabat Kadi. Masa tu, fikir mungkin ada dokumen tak lengkap. Rupa-rupanya, dia tanya saya dan pasangan "BOLEH DATANG ESOK TAK UNTUK NIKAH?"

"Wait! WHAT? Ya Allah, biar betul!" terus terpacul ayat tu daripada mulut.

"Ya, betul ne. Sebenarnya tarikh awak nikah 06.06.2021 tapi disebabkan kita akan" lockdown" saya terpaksa bagi tarikh lain. Untuk lusa dah penuh, tinggal esok je, 30/05/2021. Boleh tak Cik? Kalau Cik OK, nanti call saya semula ya. Saya nak arrange dengan Tok Kadi. " kata pegawai daripada Pejabat Kadi.

Tanpa buang masa, saya terus bertanya pada mama papa. Mama papa terkejut dan berkata" Macam mana tu Uda, boleh tak? Tapi kenapalah tak bagitahu awal-awal. Family Wan boleh datang tak?" soalan demi soalan mama bagi kepada saya ketika itu.

Saya terus telefon Suami saya dan menceritakan A hingga Z. Dia pun terkejut dan masa tu memang Langkah Kaki Kanan sebab suami saya memang berada di kawasan Pejabat Kadi. Tetapi baju dan kelengkapan Nikah semua di rumah miliknya. Dan Keluarga suami juga tiada di kawasan Pejabat Kadi ketika itu disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Masa tu, dalam otak ne. Boleh ke tak ek, nak nikah esok ne😭 Barang semua tak prepared lagi. Dan selepas tarik dan hela nafas. Satu per satu saya aturkan mengikut senarai.

1. Baju Nikah

-Pakai baju nikah kakak dan abang ipar. Sebab baju dan kelengkapan nikah semuanya di rumah miliknya. Nasib baiklah muat🤣

2. Inai di jari

-Yang ne pon, nasib baiklah memang dah "standby" awal. Jadi, tinggal celup dan rata kan di jari. Alhamdullilah, tak lah sempurna tapi nampak OK.

3. Photographer

-Yang ne, nasib baiklah dapat hadir. Cuma masa tu dia datang dari daerah lain. Jadinya, takut tak lepas sekatan. Alhamdullilah, semuanya lepas dan selamat sampai ke Pejabat Kadi. Cumanya Photographer tak dapat naik sama. Sebab dah ramai pasangan yang akan nikah. Tak silap saya, untuk sesi pagi, kami ada lebih 100++ pasangan yang akan dinikahkan.

4. Kenderaan ke Pejabat Kadi

-Masa tu, atas nasihat kakak saya, dia suruh kami tidak "drive" sendiri. Dan papa saya Hadir Bersama sebagai Wali. Jadi Papa "volunteer" untuk "drive" kereta ke Pejabat Kadi.

5. Hiasan Kotak Mas Kahwin

-Yang ne, saya "recycle" Semula, guna pakai kotak masa tunang tempoh hari. Saya hanya gulung-gulung duit RM10X10 mengikut harga mas kahwin iaitu RM100.

6. Makeup Nikah

-Yang ne, saya ralat jugaklah. Sebab masa awal-awal nak minta Adik saya yang pakaikan makeup untuk lebih kemas. Tapi di hari nikah, saya terpaksa Makeup Nikah sendiri dan menggunakan apa sahaja yang ada. Alhamdullilah masih nampak berseri mungkin seri pengantin😂

7. Yuran Nikah, Bayaran Tok Kadi dan saksi

-Yang ne suami saya terus asingkan duit-duit tunai untuk ke dalam sampul untuk dibawa ke Pejabat Kadi. Jadi tak kelam kabut masa nikah.

8. Wali

-Papa dah sedia untuk jadi Wali. Alhamdullilah semuanya lancar semasa akad nikah berlangsung.

9. Mini Pelamin

-Saya tak terfikir untuk gunakan mini pelamin masa nikah. Saya terpaksa menelefon dua orang yang menawarkan Khidmat memasang mini pelamin untuk majlis nikah. Orang pertama, menolak kerana pada tarikh berkenaan dia tiada di kawasan kami. Alhamdullilah, Orang kedua kata boleh tetapi dapat menyediakan mengikut warna yang saya minta. Jadi, itulah kejadian nya.

10. "Door Gift"

-Untuk pemberian "Door gift" adalah sangat mustahak bagi mama papa. Bagi mereka setiap orang yang hadir perlu diberi "door gift". Masa tu, kami pergi beli air kotak, kerepek dan juga bunga telur. Telur juga direbus pada malam tersebut.

11. Jamuan Kecil (Masak sendiri)

-Yang ne paling "hectic" sebab kami tak cukup "kuorom". Mama papa masa petang tu terus pergi pasaraya untuk membeli barang "door gift" dan bahan masakan untuk jamuan kecil. Jamuan kecil diberi kepada jiran-jiran dan rakan sekampung sahaja. Saya tidak dapat menjemput rakan-rakan sebab dah suntuk masa so memang tak sempat nak roger kawan-kawan semua. Menu masakan adalah masakan kampung.

Bagi saya ini adalah pengalaman perkahwinan yang memang tak dapat di lupakan. Tapi yang paling best sebab memang jimat🤣. Kami menggunakan bajet RM1000 dan ke bawah sahaja.

Mini Pelamin : RM350

Photographer : RM250 (Bayaran selebihnya masa Sanding dan Outdoor)

Yuran Nikah dan Lain : RM150

Mas Kahwin : RM100

Inai : RM10 (inai celup dan inai lukis)

Jamuan Makan dan Door Gift : Mama Papa Sponsor.

Makeup : Sendiri

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#BerbezaItuNormal #McmneEh #WeddingInspo #WeeklyChallenge #PhotoDump