Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶

✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen
✨Tips Mudah Bersalin Anak Pertama👶 JPEG Herunterladen

Sebagai First Mummy. Saya banyak cedok ilmu daripada orang terdekat. Pengalaman saya melahirkan adalah pada tahun Oktober 2022.

Saya melahirkan anak selepas menghadap "contraction" pada 12 tengah malam dan melahirkan pada 2 petang keesokan harinya. Di dalam labour room saya hanya stay selama tidak lebih 30 minit dan terus melahirkan secara normal 😍 Yang membezakan saya dengan orang lain ialah sebagai First Mummy saya banyak melakukan kerja berat sebab nak memudahkan beranak😂😂😂 Tapi anak still tak nak keluar sampai lah 40 minggu 1 hari. Terlebih 1 hari

Antara tips mudah bersalin anak pertama yang saya dapat daripada Misi saya, Mama dan kakak saya adalah seperti berikut:

1. Berlatih teknik pernafasan yang betul. Cara tarik nafas dan hela nafas yang betul dapat membuat kita lebih tenang dan mudah untuk meneran bayi semasa di labour room.

2. Banyakkan membaca tips yang dikongsikan oleh ibu-ibu sebelum, semasa dan selepas melahirkan di facebook group. Korang juga bertanyakan soalan yang bermain di minda dan memerlukan penyelesaian. Ahli-ahli juga terdiri daripada doktor dan juga misi ya.

3. Senaman Kegel/Kemut

Senaman ini amat mudah. Boleh je cari di tiktok atau youtube untuk rujukan. Senaman ne dapat membantu melancarkan proses bersalin.

4. Pembersihan rumah mingguan

Ya. Atas saranan Mama, Misi dan Kakak, saya lakukan aktiviti ini bagi mengatasi rasa malas, dan mengeluarkan peluh. Tapi itulah, anak saya tetap keluar pada minggu 40🤣 antara kerja yang saya lakukan adalah menyapu dan mengemop lantai, membuang sampah di luar rumah, membersihkan sawang di siling rumah, menyental bilik air, dan tandas, basuh baju dan banyak lagi.

5. Apps Contraction Timer

Yang ne wajib untuk kira berapa kerap Contraction berlaku dan dalam masa berapa saat. Masa yang lepas, saya telah mengalami Contraction selepas keluar darah. Kekerapan adalah sebanyak 7-11saat. Selepas ke hospital, Doktor arahkan untuk pulang sebab bukaan hanya 2cm. Masa tu adalah jam 12.40 tengah malam. Sepanjang perjalanan saya tak boleh duduk, sebab rasa ada benda nak terkeluar. Saya juga tak boleh tidur kerana Contraction semakin kerap.

Pada jam 11.40 pagi, perut saya semakin kerap mengeras dan semakin banyak darah keluar. Jadi, saya mengajak suami untuk ke hospital. Sampai di hospital, beratur ambil berat dan lihat bacaan CTG serta check bukaan. Bukaan waktu itu adalah 4cm. Jadi, saya sangat sarankan penggunaan apps ini. Sangat membantu👍

Misi saya banyak kali bagi tahu, jangan sibuk ambil Selusuh. Bahaya untuk nyawa bayi dan ibu. Hanya buat seperti yang disarankan sahaja.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#BerbezaItuNormal #McmneEh #Lemon8MomsClub #pregnancy #labourandelivery