Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨

✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨ JPEG 下载
✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨ JPEG 下载
✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨ JPEG 下载
✨Pemegang Ijazah Kerja Sebagai Kerani Pejabat✨ JPEG 下载

Saya merupakan Alumni UKM dan mempunyai segulung ijazah yang sepatutnya melayakkan saya mendapatkan kerja yang diidamkan. Namun begitu, Disebabkan lambakan graduan yang lebih layak dan juga mereka yang berpengalaman dalam industri tersebut, peluang saya amatlah tipis.

Namakan platform mencari pekerjaan yang saya tak pernah cuba. Saya memohon jawatan kosong SPA9, SPAJ, PBT, LinkedIn, Myfuturejob dan banyak lagi.

Banyak juga sesi ujian online, ujian psikometrik, ujian kecergasan dan sesi temuduga yang pernah saya lalui. Namun, masih belum sampai rezekinya.

Kini, sudah 7 tahun saya berkhidmat di tempat kerja sebagai kerani pejabat. Sebelun ditawarkan berkerja di sini, majikan saya menasihati saya supaya mencari kerja yang sesuai dengan tahap pendidikan sekiranya ada peluang.

Disebabkan itu, sehingga kini, saya tidak pernah berhenti untuk mencari peluang pekerjaan. Pernah juga terdetik rasa segan dengan rakan-rakan yang lain. Lagi-lagi apabila ada majlis "reunion". Masing-masing berkerja di tempat yang diidamkan dan mendapat gaji yang tinggi berbanding dengan saya.

Namun demikian, saya tidak pernah menyesal belajar di tahap pengajian tinggi dan saya sangat bersyukur dapat kerja sebagai kerani pejabat. Disebabkan pengalaman kerja di situ, saya dapat menjawab pertanyaan yang diajukan panel penemuduga dengan lancar.

Antara pembelajaran yang tidak mampu dibeli di tempat kerja saya ialah prosedur kerja di PBT, manual kualiti kerja, ISO, Star Rating, pengendalian program rasmi, sistem penyampaian maklumat berkesan dan banyak lagi.

Tak pernah kena tegur dengan orang tua ke? Mestilah ada🤣 Itu soalan cepumas bila berjumpa ramai-ramai. Maklumlah anak Masing-masing berjaya dah, gaji besar dan hidup mewah. Tapi saya cuma jawab "Insya-Allah masa saya akan tiba. Doakan saya ya!"

Di tempat kerja pun tak kurang hebat. "Kau kan degree holder, tak kan kerja mudah macam ne pun tak pandai nak buat?" Ya. Saya akui saya bukanlah kerani yang ada asas perkeranian.

Tetapi kerana tohmahan sebegitu yang menjadikan saya lebih mahir dalam menguruskan kerja pengurusan maklumat, sistem persuratan dan fail serta kerja-kerja berkaitan. Saya belajar Microsoft Word, Excel, dan yang berkaitan bagi membaiki kelemahan saya.

Alhamdulilah, saya telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2023. Ini adalah Pencapaian paling tinggi untuk saya😍

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#BerbezaItuNormal #McmneEh #WeeklyChallenge #AboutMe #jobseeker