Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi

3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载
3 Hari 2 Malam di Langkawi🦅: 5 Tempat Wajib Pergi JPEG 下载

Kali ne, nak bagi tahu pertama kali sepanjang 30 tahun hidup, Naik kapal terbang dan menjejakkan kaki di Langkawi. Aku je ke, yang berbeza sebab lambat sangat baru dapat peluang ne😭Tolonglah cakap benda ne normal🤣#BerbezaItuNormal

Ok. Mari kita terus kepada topik. 3 hari 2 malam di Langkawi dan 5 Tempat Wajib pergi di Langkawi. Antara tempat-tempatnya ialah:

1. "Kilim Geopark Forest"

Ya Allah. Yang ne part terpaling best untuk korang yang suka alam semulajadi dan mandi mandi. Kami sampai dalam pukul 9.30 pagi dan terus naik bot. Lokasi pertama adalah ke Gua Kelawar. Dekat sini Hati-hati ya sebab ada monyet dan jalan agak licin. Jadi pastikan pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan sewa lampu suluh sebab sangat gelap dan tak boleh bukak lampu kamera. Perjalanan adalah lebih kurang 15 minit je.

Seterusnya, kami teruskan perjalanan dengan Island Hopping. Antara yang menarik minat adalah Gua Buaya, Batu Gorilla, Batu Belah, bagi helang makan dan macam-macam lagi. Yang ne korang kena tunggu video saya edit. 😂 Serious best gila! Last sekali, mandi manda di pantai.

💰Harga Tiket Gua Kelawar: RM2/person

💰Harga Sewa Torch Light : RM2/1 family

💰Mangroove & Island Hopping : RM390/1 boat

2. "UnderWater World Langkawi"

Untuk yang ada family, korang wajib pergi sini. Dari segala jenis burung, ikan, anjing laut dan penguin pun ada. Ne pon kena tunggu video 😂.

Yang menariknya kat sini, lepas habis pusing di dalam, korang keluar je terus jumpa Dolphin Beach Shoppe dan Coco Valley. Saya beli cenderahati di sini dan apabila ke tempat lain. Harga mereka tiada beza. Jadi, kalau korang malas nak pergi jauh-jauh, sini pun sangat direkomendasi.

Untuk penggemar coklat sini dengan Haji Ismail Group pun tak ada beza. Saya beli di Coco Valley sebab takut tak sempat pergi pada mulanya. Lepas tu, mak mertua ajak pergi jugak🤣 Nasib baik, tak kena rasuk beli banyak-banyak coklat

💰Harga Tiket: RM47(Dewasa) RM39 (Kanak2)

3. "Haji Ismail Group"

Penggemar Coklat, pinggan mangkuk, cenderamata seperti tshirt, beg dan macam-macam lagi korang boleh cari di sini. Murah sangat. Di sini lagi banyak pilihan berbanding di Coco Valley tadi.

4. "SkyCab Cable Car"

Fuhh dingin betul tangan, dahi dan kaki bila masuk dalam Cable Car ne😭 Mula-mula rasa nak tengok view, tapi bila pandang bawah terus terkelu. Haha. Nasib baik untuk 10 minit je perasaan tu timbul. Jangan risau, view panorama dari atas sangat-sangat indah😍

Disarankan bawa kipas kecil dan topi. Tersangat panas. Tetapi ada satu port sangat saya recommended untuk pergi. Korang boleh lepak di tempat bistro kawasan sini sambil minum kopi. Cantik sangat-sangat view dia. Macam dalam gambar saya tu. Di situ jugak ada kedai makan.

💰Harga Tiket : RM43 (Dewasa), RM33 (Kanak2)

5. "3D Art Langkawi"

Lokasi ne masih dalam SkyCab Cable Car. Hanya perlu berjalan sedikit dalam 5 minit. Di sini, lokasi wajib bergambar untuk ahli keluarga. Setiap tempat sudah ditandai untuk memudahkan jurugambar yang tidak professional seperti kita🤣 Risau jugak ilusi 3D tu tak nampak asbab tangan tak berseni.

Langkah kanan kami, sebab dapat tengok pertunjukan 3D selama 3 minit. Itu pun nanti saya tunjuk dalam video ya🤣 Posting kali ne hanya untuk ringkasan sahaja

Yang ne tiket bersekali dengan pakej Cable Car 4 in 1 tu. Jadi masuk hanya scan barcode sahaja.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Posting kali ne berbeza sebab semuanya Pertama Kali bagi saya😭 Jadi ianya sangat bermakna untuk saya ingati.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#WeeklyChallenge #TravelWithLemon8 #langkawi #AtMyAge