Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

✨Pelajar Wanita: Tips

✨Pelajar Wanita: Tips "buat Awning On Point"✨

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
✨Pelajar Wanita: Tips JPEG Herunterladen
✨Pelajar Wanita: Tips JPEG Herunterladen
✨Pelajar Wanita: Tips JPEG Herunterladen
✨Pelajar Wanita: Tips JPEG Herunterladen

Apa je yang saya tak buat masa sekolah dulu 😂 Lagi-lagi yang melibatkan pemakaian ke sekolah. Waktu sekolah dulu, pelajar wanita sangat obses dengan "Awning" Tudung yang tegak dan kemas.

Oleh itu, terdapat beberapa tips untuk buat "Awning On-Point" seperti berikut:

1. Plastik A4 Keras

Kebiasaannya plastik A4 keras digunakan oleh pelajar sebagai "Cover" depan buku skrap. Untuk kegunaan yang lain ianya di potong dan di masukkan ke dalam "awning" tudung bagi memastikan bentuk "awning" kekal kemas dan tidak bergerak. Keburukannya, kami terpaksa mengeluarkannya setiap masa apabila berpeluh. Kerana ia juga memerangkap air peluh di dalam tudung.

2. Lilin

Pada waktu dulu, lilin masih lagi digunakan oleh masyarakat Malaysia. Kini juga sama, iaitu disimpan untuk kecemasan sekiranya tiada bekalan elektrik di rumah. Berkenaan dengan "Awning" tudung, lilin ini dicairkan apabila tudung digosok. Amaun yang diletakkan adalah sedikit sahaja, iaitu di bahagian "Awning" yang memberi kesan keras dan tegak sepanjang hari. Keburukannya apabila dibasuh, lilin akan hilang dan jika tidak disental semula tudung akan bercapuk.

3. "Fabric Starch"

Saya hanya dapat menggunakan "fabric starch" sekitar awal sekolah menengah atas iaitu peringkat STPM. Hal ini disebabkan oleh, tiada dijual produk tersebut di pasaraya dalam pekan. Kegunaannya juga sama iaitu menjadikan "awning" tudung on-point. Caranya ialah dengan menyemburkannya di awning tudung dan gosok terus. Ianya mudah dan lebih menjimatkan masa.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#SchoolDays #WeeklyChallenge #AboutMe #Lemon8Forum #MyGlowUp