Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

✨8 Barang Wajib Ada Untuk Anak Demam & Batuk ✨

✨8 Barang Wajib Ada Untuk Anak Demam & Batuk ✨

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
✨8 Barang Wajib Ada Untuk Anak Demam & Batuk ✨ JPEG Herunterladen

Untuk anak bawah 2 tahun, ubat-ubatan semua memang ikut preskripsi doktor. Tetapi disebabkan asyik diberi ubat yang sama dan penyelesaian yang serupa, jadi kami akan menyediakan 8 barang wajib ini di rumah.

1. Ubat demam

Setiap kali pergi Klinik Kerajaan atau Swasta, memang akan dibekalkan 1 ubat sahaja iaitu ubat demam. Dan Doktor banyak kali ingatkan, hanya bagi apabila perlu sahaja.

2. Ubat Batuk

Disebabkan batuk yang tidak berhenti, jadi anak akan berasa tidak selesa dan menangis. Dia juga akan kehilangan selera makan. Jadi, ubat Batuk sangat diperlukan untuk anak kecil apabila batuk.

3. Penyembur Hidung

Sterimar Nose Hygiene berfungsi untuk membersihkan saluran hidung yang tersumbat. Jadi, ianya dapat memberi kelegaan pada hidung anak yang sukar untuk bernafas akibat selesema, Batuk dan demam

4. "Nasal Aspirator" manual

Atau saya sebut sebagai Penyedut Hingus. Cara saya gunakan adalah dengan menyembur sterimar ke dalam hidung dan terus menyedut hingus menggunakan "Nasal Aspirator". Jangan risau, tak sedut pun hingus nya tu. Ianya akan berkumpul di dalam bekas yang disediakan

5. Vicks

Ubat sapu vicks untuk kanak-kanak membantu melegakan selesema dan batuk. Cara penggunaan adalah dengan sapu pada dahi, dada, dan tapak kaki.

6. Lemon

Salah satu tips yang saya dapat daripada rakan sekerja. Saya akan mandikan anak saya dengan lemon suam bagi menurunkan suhu badan yang tinggi. Ternyata ianya berkesan. Cubalah Mummy semua.

7. Tuala dan Bekas Air

Jerlum adalah salah satu petua orang dulu-dulu dan juga disarankan oleh Doktor. Caranya ialah mengambil tuala bersih dan sediakan 1 bekas air biasa. Rendamkan dan perah. Sapukan kain tersebut di dahi, leher, kepala, ketiak dan tempat pelipat yang memerangkap haba. Saya akan Jerlum setiap 1-2jam mengikut pada kepanasan anak. Alhamdullilah, ianya juga dapat melegakan rasa tak selesa dan memudahkan tidur.

8. Picagari

Yang ne sangat penting ya Mummy. Anak lelaki saya yang gagah tu, wajib pakai picagari untuk minum ubat. Jika tidak, pastinya ubat tersebut Tumpah asbab ditepis atau ditolak oleh anak.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#RealitiSuriRumah #WeeklyChallenge #parentingtips #Lemon8Forum #AskLemon8