Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

"Kewangan Punca Dilema Menambah Anak di Masa Kini"

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
JPEG Скачать
JPEG Скачать
JPEG Скачать

Menginjak anak berusia 2 tahun, sering kali dengar orang tua bertanya "Bila korang nak tambah anak lagi?" Bukan mereka sahaja, kawan-kawan, ahli keluarga dan juga rakan sekerja. Ya, tak salah pun soalan tu.

Saya hanya menjawab "Insha-Allah, selepas 2-3 tahun lagi." Bagi saya, kita perlu jujur dan tegas apabila memberi jawapan.

Antara faktor utama Kami tidak berani menambah anak adalah kerana Kewangan.

1. Kos Hidup yang Meningkat

Walaupun kami pasangan yang berkerja, tidaklah menjadi jaminan untuk hidup senang. Masing-masing ada komitmen yanv perlu dibayar. Tambahan pula, kos hidup tinggi sangat memeningkan kepala. Untuk anak 1 orang sahaja, kami perlu menyediakan duit untuk susu formula, botol susu, pampers, gaji pengasuh, baju, ubat-ubatan dan banyak lagi.

2. Tekanan Emosi dan Mental

Yang ne paling mencabar. Fasa anak masih bayi sehingga besar bukan sekejap tau. Jadi, emosi dan mental boleh terganggu pada bila-bila masa. Maklumlah, dengan tekanan kerja tambahan pula, anak menangis tidak berhenti. Ia mungkin akan menyebabkan emosi kita tidak stabil waktu itu

3. Pandangan Masyarakat

Seperti ulasan saya di atas, sememangnya orang dulu-dulu mempunyai persepsi positif untuk keluarga besar. Namun, bukanlah kami menolak untuk membina keluarga besar, namun ianya memerlukan perancangan yang rapi. Bagi saya, apabila kami merancang dan bersedia, pastinya tiada masalah dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#RealitiSuriRumah #WeeklyChallenge #AskLemon8#Parenting101 #BudgetingLife