Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

STEREOTAIP BERKENAAN JOHOR Versi Makanan🍧🍨🧁🥞🧋

STEREOTAIP BERKENAAN JOHOR Versi Makanan🍧🍨🧁🥞🧋

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
STEREOTAIP BERKENAAN JOHOR Versi Makanan🍧🍨🧁🥞🧋 JPEG Tải xuống
STEREOTAIP BERKENAAN JOHOR Versi Makanan🍧🍨🧁🥞🧋 JPEG Tải xuống

Sebagai seorang anak jati Johor, saya nak berkongsi top 3 makanan Johor kegemaran saya.

1️⃣ Asam Pedas

Walaupun ada yang mengatakan asam pedas berasal dari Melaka, saya tetap dengan pendirian ianya makanan asal orang Johor. Kalau korang datang ke Johor, jangan pelik kalau menu lauk campur pastinya ada lauk Asam Pedas Ayam/Ikan. Bagi saya yang membezakan adalah penggunaan belacan di dalam masakan tersebut.

👍Why I like it: Sedap, pedas dan Kenyang

2️⃣ Laksa Johor

Antara makanan Johor yang diminati oleh rakyat Malaysia ialah laksa Johor. Laksa Johor merupakan hidangan yang unik kerana ia menggunakan spageti. Bahan asas untuk kuah ialah rempah ratus, ikan parang dan santan.

Laksa tersebut disajikan dengan ulam-ulaman segar seperti limau kasturi, bunga kantan, daun selasih, kacang panjang dan tauge. Sambal turut diletakkan di atasnya.

👍Why I like it: Sedap sehingga menjilat jari

3️⃣ Nasi Ambeng

Nasi Ambeng adalah makanan yang melambangkan budaya dan gaya hidup bagi masyarakat Jawa di Malaysia terutama di Selangor, Johor, Melaka, Perak dan beberapa lagi kawasan lain. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa makanan ini popular dalam kalangan rakyat Johor.

Mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, nasi ambeng adalah makanan tradisi dan menu dihidangkan akan memberi keberkatan berikutan doa-doa dibacakan di dalam majlis kenduri yang dihadiri.

Nasi ambeng tidak berkuah dan lauk-pauknya dalam keadaan tekstur kering antaranya ayam semur (masak kicap berempah) mi goreng, serunding kelapa, ikan masin bulu ayam, sambal goreng (tempe, tauhu, hati ayam, fucuk, kentang, kacang panjang, suun) dan rempeyek melengkapkan majlis.

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan berkenaan stereotaip Berkenaan johor versi makanan. Saya bangga lahir di Malaysia dan menjadi penduduk tetap di Johor.

Kalau korang ada pendapat lain untuk makanan yang sepatutnya masuk dalam senarai top 3 masakan Johor boleh beritahu di ruangan komen.

👍Why I like it: Banyak lauk dalam satu juadah dan makan bersama-sama dalam Dulang

#MalaysiaLife #makanan #AskLemon8 #WeeklyChallenge #Lemon8Forum #johorfood #johor