Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK

7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK JPEG Herunterladen
7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK JPEG Herunterladen
7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK JPEG Herunterladen
7 TIPS BAJET UNTUK BIRTHDAY PARTY ANAK-ANAK JPEG Herunterladen

Hi Lemoners!🍋

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai 7 Tips bajet untuk birthday party anak-anak.

1. Membuat Belanjawan

Apabila merancang sesuatu majlis, ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan apabila bercakap mengenai bajet atau aspek kewangan. Namun, seperkara perlu diingat, anda bukan sahaja melabur untuk mengadakan majlis tetapi bagi mencipta kenangan.

Tentukan bajet yang munasabah dan pastikan anda tidak terlebih belanja. Kira bilangan tetamu, kos kek, penyediaan makanan, belon, hiasan, aktiviti untuk anak serta hadiah yang akan diberikan.

Jangan lupa catatkan setiap kali pembelian dilakukan. Ini penting agar anda tidak terlebih belanja!

2. Pemilihan Masa

Semasa merancang majlis, adalah amat penting untuk menentukan tempoh masa acara. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan menu hari jadi nanti.

Sebagai contoh, jika anda merancang untuk mengadakan majlis bermula pukul 11 atau 12, tetamu akan mengharapkan hidangan makanan tengahari.

Jadi pilihlah masa yang sesuai – di antara atau selepas waktu hidangan utama jika anda sekadar ingin menghidangkan menu hari jadi bajet.

3. Tema Pilihan

Biasanya tema untuk majlis hari jadi kanak-kanak adalah watak kartun. Namun, jangan lupa dapatkan pandangan si kecil – memandangkan ini adalah sambutan untuk mereka.

Apabila sudah membuat keputusan, anda boleh merancang hiasan, makanan dan aktiviti mengikut tema.

Sebagai contoh, jika anak sukakan watak ‘Dora The Explorer’, mungkin anda boleh menggunakan tema hutan sebagai latar belakang majlis.

4. Tempoh Persiapan

Elakkan daripada menunggu hingga ke saat akhir untuk mula melakukan persediaan majlis. Sebaiknya mula merancang beberapa bulan lebih awal – kerana anda boleh mencari tawaran jualan istimewa bagi lebih penjimatan!

Kini terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan parti pada harga yang berpatutan.

5. Aktiviti untuk anak

Anda boleh melakukan perkara yang diminati anak. Misalnya jika anak sukakan seni, anjurkan acara melukis atau mewarna.

Permainan seperti musical chairs atau menghasilkan slime DIY adalah antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

6. Hiasan DIY

Jika mahukan lebih penjimatan, anda boleh menghasilkan hiasan majlis DIY sendiri. Jangan takut untuk menjadi kreatif. 

Anda boleh menggunakan kad manila, belon, reben, glitter dan sebagainya dalam hiasan DIY nanti!

Malah anda juga boleh mengajak si kecil untuk sama menyumbang tenaga. Sudah tentu mereka akan menyukainya!

7. Memilih Lokasi

Lokasi untuk sambutan majlis yang paling sesuai tanpa perlu mengeluarkan belanja adalah rumah anda sendiri. 

Tetapi jika anda ingin mengadakan sambutan majlis di luar percuma, mungkin taman permainan awam boleh dijadikan pilihan. Namun anda perlu bersedia dengan faktor cuaca.

Sekarang anda sudah mengetahui perkara penting bagi merancang sambutan birthday anak. Sudah menetapkan masa? Bagus! Jadi apakah antara menu hari jadi yang sesuai untuk majlis bajet ini?

Cadangan Menu Hari Jadi Untuk Anak:

1. Bihun goreng

2. Apam Polkadot

3. Donut

4. Macaron

5. Kek Buatan Sendiri

6. Sate Buah-Buahan

Semoga Bermanfaat!

#JimatBawahRM #MoneyTips #WeeklyChallenge #CheapButGood #Lemon8Forum #BudgetingLife #Lemon8Malaysia #lemon8community