从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
Hi korang! Its me Aliaa!
Korang mesti ramai yang suka sangkaya macam dekat Boat Noodle’s tu kan? Nak beli dekat luar mesti tak kena dengan tekak atau tak sedap kan? Haa jadi jomlah kita masak sendiri ikut citarasa kita! Senang je nak buat sangkaya ni. Bahan pun mudah dicari.
So jomlah cuba masak sangkaya korang sendiri. Bolehlah makan sampai puas!
Bahan-bahan:
5-6 helai daun pandan
½ cawan air
1 telur
1 kotak kecil santan
2 sudu gula melaka
2 sudu gula putih
1 sudu besar tepung jagung
Pewarna (option)
Cara masak:
1. Kisar daun pandan dengan air dan asingkan ambil air sahaja
2. Masukkan telur, santan, gula melaka, gula putih, tepung jagung, pewarna dan gaulkan kesemua bahan hingga sebati
3. Masukkan air pandan yang telah dicampur bahan ke dalam kuali
4. Pastikan api sentiasa perlahan dan kacau tanpa henti hingga tekstur pekat!
5. Siap dimasak dan dihidangkan
Biasanya orang akan letak susu cair di atas sangkaya yang dah siap dimasak, korang taknak letak pun tetap sedap dan berlemak.
Korang boleh terus makan panas-panas atau masa dah sejuk. Makan dengan roti gardenia atau roti yang dikukus panas-panas sedap sangat!
Kalau ada baki nanti , untuk penyimpanan sebaiknya simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Selamat mencuba!