Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8
Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.
PHOTOS | |||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger |
🍃Ikan bawal/apa apa ikn pn blh
Bahan A:-
🍃Daun kari (banyak pun takpe sebab aroma dia yang sedap)
🍃Halba campur guna 1/2 paket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)
🍃Rempah 3 sekawan
Bahan-bahan B:-
🍃Halia sikit je dah cukup
🍃Bawang kecil 5 biji (ni yang sedap sebab rasa manis)
🍃Bawang putih 4 ulas (kisar halus kalau boleh jangan banyak air)
🍃Tomato potong dadu 1 biji (wajib ada kalau masak kari ikan)
Bahan-bahan C:-
🍃Rempah Kari Ikan
🍃Serbuk kunyit 1 sudu
Bahan-bahan D:-
🍃Air asam jawa (jangan banyak nanti masam pulak)
Bahan-bahan E:-
🍃Santan dalam 4 sudu je. Kalau tak mahu letak pun takpa
Bahan-bahan F:-
🍃Bendi
Cara-cara membuatnya:-
1) Tumis bahan A sampai naik bau. Yang ni memang kena guna minyak banyak sikit ye. Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya. Yang ni banyak orang gagal buat..
2) Lepas naik bau baru masukkan bahan B, bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak. Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.
3) Masukkan pula air asam jawa (bahan D). Agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan cari sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak. Zizah suka kuah pekat baru sedap, baru rasa macam kari mamak gitu. Tak moh ceroi kuahnya.
4) Masukkan ikan.
5) Lepas tu masukkan santan (bahan E) sikit. Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik macam ni. Letak garam. Pastu letak bendi atau tomato belah 4. Ikut cita rasa masing-masing.
#kariikanalamamak #kariikan #ikanbawal #resepimemikatsuami #kari #airtanganisteri #resepimudah #AskLemon8 #Lemon8Diary #Lemon8MomsClub