The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Hai lemonnade today i want share about this recipe!!
sape pernah mkn ketupat sotong?🙋🏼♀️
kalau kita suka mkn time craving ja sbb ketupat sotong ni manis taw tpi ade org buat kurang manis sbb mungkin xsuka manis kot tpi kalau my mom buat okey sdp rasa ada manis ade lemak ade masin" sikit heheh smua ada🤪boleh buat dessert masa berbuka ataupun moreh nnti!!❤️
Resipi Ketupat Sotong my mom🌸
✨Bahan-bahan✨
2 cawan beras pulut
1 kotak santan Sedikit garam
1 kilo sotong segar
2 keping nise atau gula melaka
1 biji bawang merah | dihiris
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya
Cara memasak:
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
selamat mencuba kekawan!!😍selamat berbuka dan salam ramadhan ke 23 semua🥰#Lemon8Ramadan #AskLemon8 #AskLemon8 #makanan #caramasak #sotong #resepi #berbukapuasa #ramadhankareem🌙🌟Rate:10000/10 kesedapannya mmg mntap cubalah bru boleh jdi ore pntai timur boh🤣hok alohhh🤭