Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Apa Maksud Simbol Yang Ada Pada Produk Kosmetik? 🤔

Apa Maksud Simbol Yang Ada Pada Produk Kosmetik? 🤔

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Apa Maksud Simbol Yang Ada Pada Produk Kosmetik? 🤔 JPEG Download
Apa Maksud Simbol Yang Ada Pada Produk Kosmetik? 🤔 JPEG Download
Apa Maksud Simbol Yang Ada Pada Produk Kosmetik? 🤔 JPEG Download

Kita semua tahu yang setiap produk makanan yang dijual di pasaran ada tarikh luput. Sama juga dengan produk penjagaan diri & barangan kosmetik. Tapi, tak semua pengguna tahu pasal segala simbol yang ada pada barangan kosmetik & produk penjagaan diri.

Ada sesetengah simbol tu mungkin korang tak pernah nampak sebab simbol tu kebiasaannya akan dilabel pada produk-produk berasal dari luar negara. Setiap simbol ni mempunyai maksud & fungsi yang tersendiri tau. Jom kita tengok apa simbol-simbolnya.

1)Mobius Loop

Simbol "Mobius loop" atau juga kita panggil simbol segi tiga kitar semula ni antara simbol yang selalu kita nampak dekat label produk. Kebiasaanya akan duduk betul bersebelahan dengan simbol PAO. Bila korang nampak simbol ni, itu menunjukkan bekas produk tu korang boleh gunakan semula. Lepas basuh bersih-bersih, korang boleh letak barang lain dalam tu.

2)The Leaping Bunny

Inilah antara logo yang diiktiraf dan digunakan oleh pengeluar kosmetik di seluruh dunia untuk bagitahu bahawa dorang takde guna mana mana haiwan sebagai bahan uji kaji untuk buat produk mereka.

3)Tidy Man

Simbol ni dipanggil Tidyman dengan tujuan untuk menghilangkan sampah, menghentikan sisa sampah dan memperbaiki persekitaran dan alam sekitar. Simbolnya sama macam nak bagitahu kita kitar semula tapi bukan.

4)Paraben Free

Apa maksud Paraben-Free? Simbol ni bermaksud bebas paraben, bahan kimia yang memanjangkan jangka hayat produk dan merupakan pembawa cancer.

5)Safe For Sensitive Skin

Produk simbol ni bermaksud sesuai untuk digunakan oleh mereka yang ada kulit sensitif. Seperti yang kita tahu tak semua bahan yang ada dalam kosmetik tu sesuai untuk semua jenis kulit, kalau ada alcohol orang kulit sensitif tak digalakkan untuk pakai.