Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah!

Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah! JPEG Herunterladen
Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah! JPEG Herunterladen
Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah! JPEG Herunterladen
Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Marah! JPEG Herunterladen

Kita semua pernah merasa marah. Sehingga kadang-kala kita bertindak mengikut mengikut perasaan, dan kemudian kita menyesalinya. Banyak tindakan telah dikenal pasti untuk dihindari ketika anda sedang marah. Rasa ingin tahu? Jom i share perkara yang korang kena elak lakukan ketika sedang marah.

1) Memandu

Memandu dalam keadaan marah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Ia kerana anda mungkin terpengaruh dengan perasaan, hingga menyebabkan anda memandu dalam keadaan yang merbahaya.

2)Luah perasaan di media sosial

Kepuasan sementara yang anda dapat ketika meluah perasaan marah di Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, e-mel dan sebagainya, hanya akan menghantui anda di kemudian hari. Pasti kita akan merasa malu jika telah menggunakan perkataan kesat dan tidak sepatutnya tanpa kita sedari.

3)Membuat keputusan

Ketika sedang marah, automatik kepala dan hati panas. Tak boleg berfikir dengan jelas dan betul kerana yang selebih tak lebih hanya emosi. Jadi keputusan yang diambil pada waktu sedang marah itu, biasanya keputusan yang tidak tepat. Terlampau tergesa gesa hingga seringkali menimbulkan penyesalan akibat keputusan yang dibuat kerana tidak berfikir dengan panjang.

4)Makan

Kebanyakan orang akan mengambil tindakan untuk makan ketika sedang marah. Selalunya makanan yang dipilih ialah makanan yang tidak menyihatkan dan tinggi kandungan kalori, lemak, gula, serta karbohidrat. Tindakan itu semestinya akan menjadikan anda semakin gemuk dan kurang sihat.